Bertahan Itu Sendiri Mempertahankan Mesti Bersama-sama

BERTAHAN ITU SENDIRI MEMPERTAHANKAN MESTI BERSAMA-SAMAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Kata dasarnya 'tahan'. Sebut kata dasarnya sahaja pun sudah jelas. Berat untuk dilakukan. Apatah lagi bertahan dan mempertahankan. Pendapat peribadi PC. Bertahan itu lebih kepada diri sendiri mampu, mahu dan boleh lakukan. Manakala mempertahakan ianya lebih kepada satu skala yang lebih besar dan melibatkan orang lain selain daripada diri kita sendiri. Dua hala. Dua hingga lebih pihak yang mungkin terlibat dan mesti terlibat bersama-sama.

Contoh mudah. Sakit perut ni nak terkencing atau buang air besar sangat-sangat, mahu tak mahu bertahan supaya tidak terlepas dalam seluar. Sebab keadaan tidak memolehkan saat itu. Hati rasa sakit sangat, telinga rasa macam dah keluar asap berkepul-kepul macam orang bakar sampah dengar orang dok sakan perli-perli tapi bertahan untuk buat tak ada apa-apa dan sabar. Pergi rumah orang, diberi air, sekali air tu manis sangat-sangat tak tertelan rasanya, bertahan tak bercakap risau kecilkan hati tuan rumah.

Mempertahankan bagi PC satu kerjasama yang sukar dan potensi untuk kecundang itu besar kalau tidak kena pada caranya. Misalnya, satu keluarga itu satu kumpulan. Ada bapa, ada ibu dan ada anak-anak. Kalau dikembangkan lagi ada menantu lelaki dan perempuan dan kemudian ada cucu pula. Bukan mudah nak menyatukan hati dan satukan sikap dengan kepala dan perangaimasing-masing. Kerana yang dilihat orang tidak sama dengan hakikat apa yang di dalam rumah. Kadang sama luaran sama dalaman. Kadang jauh perbezaannya, antara luaran yang boleh dilihat dan dinilai dengan yang dalaman yang tidak terlihat dan jauh untuk dinilai.

Bertahan Itu Sendiri Mempertahankan Mesti bersama-sama
Gambar Hiasan | Google Image

Mahu bertahan, kita berdamai dengan diri sendiri. Tenagkan, pujuk dan ingatkan diri sendiri. Tapi kalau mempertahankan kena bulatkan banyaknya pendapat dan karenah menjadi satu silaturahim itu mesti ada kerjasama yang baik dan bersama-sama ambil serta mainkan peranan. Tak boleh satu utara eh satu lagi selatan. Tak boleh ikut suka aku, ikut suka kau. Kalau ada niat mahu mempertahankan apapun itu hal, urusan, perkara dan apa sahaja, tidak mustahil ada prinsip yang mesti dilanggar, ada keegoan yang mesti direndahkan, diketepikan atau terus dileburkan.

Mendaki gunung meletihkan dan sukar. Turun gunug juga meletihkan dan sukar. Dalam kesukaran itu apa yangpaling penting adalah bagaiaman tetap mesti sampai pada waktu yang ditetapkan agar tidak timbul masalah dan kalau timbul masalah pun masih boleh diselesaikan dengan cara yang paling baik. Bertahan untuk terus melakuan dan mempertahankan agar boleh lagi melakukan.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bertahan Itu Sendiri Mempertahankan Mesti bersama-sama



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama