BETUL KE YANG PEDAS-PEDAS ITU PEMBUKA SELERA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PEDAS GILER. Hu ha hu ha. Mencungap atas darat. Biasa tercungap-cungap ni masa berenang je kot. Air dah bergelas-gelas. Peluh dan menitik-nitik. Muka dah merah padam. Tapi tangan nyuap ke mulut juga. Mulut tu mengunyah juga. Hu ha hu ha. Berasap. Taubat yang tak boleh dipercaya adalah cakap taubat masa makan pedas. Hilang pedas bedal lagi juga. Lupa kata taubat tu ha. Taubat la sangat.
Tak semua orang tahan pedas dan suka makan pedas tapi ada orang sangat kuat pedas. Tak sempurna hidupnya kalau makan tak ada yang pedas. Tak puas hati petik cili kat pokok, basuh terus gigit sikit-sikit masa makan nasi. Orang lain bibir dah macam macam kena sengat lebah dia biasa-biasa je. Ceh. jangan lepas tu orang tak ada senyap-senyap berendam dalam tempayan sudah.
Betul ke yang pedas-pedas itu pembuka selera. Bagi PC ya. Walau tahap pedas tu cuma level satu je. Macam ada tak ada je pedasnya. Asal ada rasa itu pun dah cukup buka selera sebenarnya. Kadang mood nak makan tak ada. Selera nak makan tumpul, bila nampak ada yang pedas boleh terbuka selera. Berjurai peluh. Kita tahu kemampuan diri sendiri. Tahap mana kepedasan yang tekak dan perut sendiri boleh terima. Jadi agak-agaklah sendiri masa makan tu.
Paling penting, bila masak yang pedas-pedas pastikan ketika menumis lada dan bahan-bahan campuran tumisan MESTI masak dan dimasak dengan betul. Tak boleh ala kadar. Kadang orang sakit perut, cirit birit bukan kerana pedasnya tapi kerana bahan tumisannya lada tu tak dimasak atau ditumis dengan sempurna. Tak kisahlah lada kering ke, cili api ke.. sama je. Tumis sampai betul-betul masak. Mungkin perut awak tahan. Perut orang lain belum tentu.
KEREPEK UBI PEDAS walau pedas menyengat tapi buat kemaruk |
Keluarga PC dan en suami kuat pedas. Cuma babah dengan mamah sekarang sangat kurang makan pedas. Faktor kesihatan dan umur juga. Walaupun cili merupakan sejenis tumbuhan yang sangat kaya dengan vitamin C, E dan juga pro vitamin A iaitu karotena tetap sahaja akan menambah parah jika seseorang itu sudah sedia ada dan mengalami masalah gastritis, apendiks dan juga buasir.
Bukan tak boleh makan yang pedas-pedas. Boleh je. Kalau tak hambar jugakan. Cuma kalau boleh jangan keterlaluan hingga mudaratkan diri sendiri dan buat orang lain risau. Mungkin dulu kita mampu makan pedas level sepuluh, tapi sekarang kalau pun masih mampu, usahalah untuk kuranginya ke level yang lebih selamat. Pedas itu memang nikmat tapi sihat itu lebih nikmat.
Tinta Perdu Cinta ❤
BETUL KE YANG PEDAS-PEDAS ITU PEMBUKA SELERA
Betul makanan pedas ni pembuka selera. Tapi tulah kena berpada pada kalau kerap sangat atau terlampau pedas nanti takut kena usus rengsa pulak.
BalasPadamMemang suka sgt mkn pedas..tp tu la perut sy ni jenis xtahan sedikit
BalasPadamkita suka pedas... betul mmg mcm pembuka selera gitu haaha
BalasPadambetul la tu. Walaupun kita tak dapat makan pedas. Prefer kalo ada sambal belacan ke. Uish. terangkat.. orang lain la kena buat. sendiri buat sambal tak pernah pas. Haha
BalasPadamida pun suka makan pedas tapi org yg perut die tak tahan pedas memang sakit la kemudian hari
BalasPadamDulu saya hantu pedas! Makan apa pun mesti nak ulam cili padi, nak² cili padi merah.. tapi skg dah kurang sejak meningkat usia perot mcm tak tahan pulak
BalasPadamMacam betul. Bila takde menu pedas walaupun pedas manja, macam takde selera nak makan.
BalasPadamlidah sensitif xtahan pedas
BalasPadamKalau sakit perut lepas makan pedas, memang taubat.. tapi tau buat la... Lain kali lupa, hahaha
BalasPadamYe, saya setuju. kita geng kena ada rasa pedas tu barulah tak hambar rasa sesuatu makanan tu. Tapi kalau terlalu pedas tak tahan jugak.
BalasPadam