Elakkan Ikat Orang Dengan BUDI

ELAKKAN IKAT ORANG DENGAN BUDIبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Balas budi tak boleh. Tapi kalau kenang budi itu harus.. inilah kata-kata ustaz yang masih lagi PC ingat sewaktu kuliah ringkas sebelum mulakan solat sunat tarawih di bulan Ramadan beberapa tahun lepas. Kalau kita nak balas budi mesti sama, tapi agak mustahil untuk kita buat perkara yang sama kerana hal yang terjadi pada kita dan terjadi pada orang lain tentunya tidak serupa. Justeru harus mengenang budi, bila kita ingat setiap budi orang pada kita, kita akan usahakan untuk cuba memberi apa sewajarnya. Boleh jadi bantuan, atau apa sahaja yang dikira dan dirasakan patut mengikut kesesuaian. Bila difikirkan, budi tidak mampu dinilai dengan kebendaan.

Aku dah banyak tolong kau. Sekarang giliran kau tolong aku.

Dulu aku dah bersusah payah buat untuk kau, takkanlah sekarang kau tak boleh tolong aku pulak.

Jangan jadi kacang lupakan kulit.

Habis madu, sepah kau buang.

Elakkan ikat orang dengan budi. Kesian sangat-sangat bila orang diikat dengan budi. Boleh jadi tertekan, tersepit, terjerat dan menyakitkan juga. Buat orang rasa tidak tenang dan mungkin juga menjadi terpaksa. Ini daripada sudut pandang dan pendapat PC ya. Keadaan akan selalu berubah. Kan sentiasa ada yang tidak sama dan situasi diri kita sendiri pun boleh jadi bertambah baik atau sebaliknya. Seiringnya waktu segalanya mungkin. Seiringnya waktu sekarang tidak boleh disamakan dengan yang dahulu. Dulu aku macam ni. Dulu aku macam tu. Dulu kau begini. Dulu kau begitu. 

Jujurnya sangat mudah cakap buat kerana Allah SWT, tetapi nak lakukan itu susah. Lebih-lebih lagi bila kita perlukan bantuan daripada orang yang pernah kita bantu, bila mana dia menolak walaupun dengan sebab yang bukan dibuat-buat, dalam hati timbul rasa yang lain. Sudah tidak jenih lagi hati kita jadinya. Ini yang PC sampaikan elakkan ikan orang dengan budi. Sebanyak mana pun kita telah berbudi dengan orang, bila tiba masa kita perlukan bantuan orang itu, jika dia berhalangan jangan bersangka tidak baik.

Bila berbudi dengan A jangan harap balasan daripada A. Boleh jadi nanti D atau G yang kembali berbudi kepada kita. Yang pasti balasan kebaikkan daripada Allah SWT itu selalu ada. Cukup kerana Allah. Hati dan fikiran lapang serta tenang. Urusan mudah dan lancar. Hati jernih. Fikiran tak serabut. Andai hati tidak kuat untuk ikhlas pilihlah jalan untuk tidak menabur budi atau cukup sekadar mendoakan daripada ianya menjadi masalah pada diri sendiri dan membebani orang lain juga.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Elakkan Ikat  Orang Dengan BUDI 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. waalaikumussalam. terima kasih, saya dapat sesuatu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama. semoga bermanfaat ya. kita -sama-sama terus belajar. terima kasih singgah.

      Padam
  2. W'salam wbt... Betul tu dan lagi satu sebelum kita berbudi, tanyalah pd diri sendiri adakah budi kita tu ikhlas krn Allah

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul. kalau rasa tak mampu ikhlas jangan berbudi sebab hujungnya jerat diri sendiri nanti.

      Padam
  3. Betul..macam sebelum ni SA terikat dalam perhubungan kerana budi..tapi hampeh...penat jer bazir masa untuk sesuatuyang x pasti

    BalasPadam
  4. Sebab tu ada peribahasa, 'hancur badan dikandung tanah, budi baik dikenang juga'

    makna kata, budi baik tu tak perlu mengharap balasan, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat-sangat. cukup niat kerana Allah swt.

      Padam
  5. Seboleh2nya kita berbudi bukan mengharapkan balasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. yakin balasan kebaikkan daripada Allah swt itu sentiasa ada.

      Padam
  6. Betul tu, buat kebaikan niat kerana Allah. Dah buat baik, jangan dikenang pula kebaikan sendiri.

    BalasPadam
  7. BERBUDI KERANA ALLAH INSYA-ALLAH

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama