HIKMAH NASIHAT

HIKMAH NASIHAT

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih 
Assalammualaikum wbt

Mahu ke mana anak Mak Dara
Bersolek tebal putih semuka
Kalau berjalan bersuka ria
Jangan sampai waktu senja

HIKMAH NASIHAT

Jangan sampai waktu senja
Tidak manis dipandang mata
Kalau terdesak tidak mengapa
Jangan sengaja dibuat sentiasa

Jangan sengaja dibuat sentiasa
Kesan mendatang tidak kira usia
Lebih baik siap siaga
Tidak rugi mendengar kata

Tidak rugi mendengar kata
Setiap kata itu doa ibunda
Hari ini kau terima terpaksa
Satu masa kecapi nikmatnya

Satu masa kecapi nikmatnya
Nikmat bahagia sangat berharga
Hari ini dirimu menurut kata
Nanti keturunanmu mulia akhlaknya

Perdu Cinta ❤
HIKMAH NASIHAT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Itulah kadang2 kita lihat waktu senja masih ramai muslim yang lepak2 kat mall sdb
    mereka tak ingat maghrib agaknya

    BalasPadam
  2. Lembut dan halus nasihat PC tu.
    Moga anak-anak dara kita tergolong di dalam wanita solehah sentiasa.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama