Keluarga Itu Bukan Sekadar Keluarga

KELUARGA ITU BUKAN SEKADAR KELUARGAبِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Keluarga yang bahagia itu adalah anugerah. Bagi PC keluarga yang bahagia itu satu nikmat rezeki yang tidak mampu dan tidak boleh dijual beli. Aku bayar sejuta sekarang pura-pura berlakon jadi keluarga bahagia. InshaAllah boleh. Tapi berapa lama boleh bertahan pura-pura. makan hujungnya pecah juga. Justeru keluarga bahagia itu salah satu nikmat yang tidak boleh kita dustakan. Adakah keluarga yang berpecah belah itu satu bala atau azab dunia. Jujurnya tidak juga kerana sesuatu yang Allah SWT izin berlaku pasti ada hikmahnya dengan syarat usahakan juga betul-betul, sungguh-sungguh nak jadikan bahagia.

Keluarga Itu Bukan Sekadar Keluarga

Keluarga. Ringan disebut. Mudah diucapkan juga. Namun tidak mudah membina keluarga bahagia kerana setiap individu di dalamnya ada cara, pemikiran dan keperluan serta kehendak masing-masing. Apa pun warna dan rentak selagi masing-masing menjaga tunjang asal dan asas inshaAllah semua akan menjadi baik dan bahagia. Sederhana dan biasa-biasa boleh bahagiakan.

Bagi PC, keluarga itu bukan sekadar keluarga malah menjadi lebih daripada sekadarnya keluarga. Keluarga kita adalah kawan dan sahabat kita. Bererti ada masa boleh bergurau senda dan saling memberi pendapat untuk kebaikkan bersama. Sama-sama lapang dada dan fikiran untuk perbaiki dan berubah. Pelindung kita. Bila sebut pelindung maka lindungilah satu dengan lain daripada sebarang hal yang luar jangkaan terutamanya. jadi penyemangat. Pembela kita. kalau keluarga kita benar atau berada di situasi yang betul, jelaskan kebenaran itu. Penyimpan segenap rahsiakan. Ini sangat-sangat penting. Keluarga dengan keluarga kena sentiasa jaga rahsia terutama dengan orang luar yang cuma melihat dan mendengar. Saling menjaga juga. Jaga perasaan. Jaga maruah. Jaga lisan. Jangan ingat keluarga hembus sesuka hati.

Siapa pun keluarga kita, terima seadanya. jangan pilih-pilih. jangan bina tembok. Jangan wujudkan kumpulan-kumpulan ngam dan tidak ngam. Sekepala dan tidak sekepala. Kawan dan tidak kawan. Kita tidak pernah tahu siapa yang nanti gali liang lahad kita. Siapa yang urus jenazah kita. Siapa yang usung jenazah kita hingga ke liang lahad. Mungkin Anak cucu kita bakal diurus oleh anak cucu dengan keluarga yang kita tidak suka. Siapa tahukan. Allah nak tunjuk sekelip mata sahaja.

Usahakan keluarga itu bukan sekadar keluarga. Ada amanah dan tanggungjawabnya juga.

Sekian.
Tinta Perdu Cinta ❤
Keluarga Itu Bukan Sekadar Keluarga
 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Wa'alaikumussalam wbt... setuju tu, keluarga adalah satu anugerah yang paling berharga

    BalasPadam
  2. betul. terima jer semua ahli keluarga kita seadanya. semua orang ada kekurangan dan kelebihan masing-masing, in fact diri kita sendiri pun ada tak sempurna. Keluarga ni ibarat air - yang tak kan putus walaupun dicincang dan disembelih

    BalasPadam
  3. bersyukurlah kalau dikurniakan keluarga yang penyayang. tak semua orang berpeluang merasainya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama