POKOK KARI

POKOK KARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MEMASAK. Bukan satu yang asing. Baik kepada kaum adam atau kaum hawa. Sekarang ni kadang orang lelaki lebih cekap menguasai dapur berbanding orang perempuan. Sebab memang ada kaum lelaki yang bukan kerjayanya chef tapi minat di dapur. Minat masak memasak ni. Bukan sekadar di dapur, kadang tu bab kemas mengemas rumah pun dia boleh buat dengan sangat baik. PC percaya ianya bermula daripada didikan dari kecil oleh ibu bapanya. Alhamdulillah bagus.

Bagus bila tidak meletakkan urusan rumah atau rumahtangga sepenuhnya kepada kaum wanita sahaja. Ubah persepsi. Dalam rumah masing-masing ada tugas masing-masing. Ada peranan khas masing-masing juga. jangan berkira dan suka-suka tuding jari. Sama-sama buat. Sama-sama happy. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Gitu.

POKOK KARI
Nak ambil gambar pokoknya tengah hujan lebat. Niat nak masak kari ikan, laju-laju petik tiga tangkai daun kari. Alhamdulillah. Segar dia kena air hujan. Alhamdulillah. Rezeki.

Jangan bila nampak orang lelaki basuh dan sidai pakaian dikatanya jadi orang gaji isteri. Jangan cop orang lelaki yang kemas rumah tu kerana takut isteri. Bila tahu suami atau ayah orang tu masak kata isterinya pemalas dan belum layak kahwin. Eh dah tiga perenggan ni membebel. Tapi lari tajuk la pulak. Tengok tajuk pokok kari.

Mungkin ada yang sangat kenak dengan pokok kari. lagi-lagi kalau suka menu kari. Wah memang tak lekang dengan daun kari. Atau mungkin kenal tak berapa kenal. Atau langsung tak kenal pun pokok kari. Apa tu. Padahal suka makan kari tapi kurang jelas dengan bahan yang diguna dan dicampurkan dalam masakan kari. Selain asam pedas dan masak lemak cili api, masak kari juga salah satu menu mesti dalam keluarga besar PC. Belah PC ke, belah en suami ke. Sampai sekarang pun babah susah nak tukar menu lain selain kari terutama bila hari raya. Apatah lagi tak raya. Sama je. bersantan atau tak bersantan tu jelah bezanya.

Pokok Kari atau nama saintifiknya Murraya Koenigii merupakan pokok renek. Mudah ditanam dan tumbuh selain mejadi salah satu bahan masakan yang banyak kegunaannya bagi masyarakat India. Setahu kita guna daun kari untuk masak kari dan buat maruku sahaja kerana inilah yang kita praktikkan sejak dulu walhal bagi masyarakat India, masakan lain seperti rasam, chutney pun menggunakan daun kari.

Tidak sekadar aroma daun kari yang semerbak dan enak setelah ditambahkan dalam hidangan kari ianya juga mengandungi  karbohidrat, tenaga, serat, kalsium, zat besi, mineral dan pelbagai vitamin seperti C, A, B dan E. Ada orang suka masak kari campur daun kari. Sesetengah orang tak suka kerana bau daun kari yang sedikit kuat. Selera orang berbeza. Kita akur dan hormatilah sahaja. Tapi kalau PC sendiri, kalau ada daun karinya sebolehnya masukkan dalam kari yang PC nak masak. Tapi kalau tak ada pun tak apa. Tak jadi masalah juga.

Tinta Perdu Cinta ❤
Pokok Kari 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. tanggungjawab orang lelaki jugak pun buat kerja rumah. kita isteri bantu je. hihihi. senang kalau ada tanam daun kari bila2 nak masak petik je

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul, cuma kadang masih ada yang tidak mahu faham bahawa dalam rumahtangga tak salah kerjasama..orang yang pandang pun tak boleh terus pandang serong juga.
      setuju, bila nak masak petik setangkai dua terus boleh guna.

      Padam
  2. Pokok kari antara pokok wajib tanam. Di luar rumah sy ada pokok kari jiran lama tanam, kalau plan nak masak kari sy ambil jugak sebab pokok dah ada, orang yg tanamnya dah tak ada (pindah).

    BalasPadam
  3. Bila masukkan daun kari ni dalam masakan kari memang kick rasa.

    BalasPadam
  4. Kena ada pokok ni. Kunyit dan serai pun sama

    BalasPadam
  5. Tanam sepokok di belakang rumah pun dah cukup

    BalasPadam
  6. Saya tanam pokok kari selalu mati..huhuhu

    BalasPadam
  7. Biasa je buat keje rumah, dgn ank² pun sudah dipraktikkan biasa²kan ke dapur. Tak salah pun.. pokok kari blkg rumah saya dah sama tinggi dgn atap rumah

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama