RAGAM | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Hidup ada ragamnya. Kita manusia. Tumbuhan. Haiwan. Ada ragam masing-masing. Cuma kita yang tidak faham. Apa yang boleh kita lakukan adakala cuma melihat dan mendoakan ragam-ragam yang terjadi disekeliling kita. Untuk mengawal itu luar mampunya kita.
Gebu sungguh anak beruang
Asyik memeluk ibunya
Habis madunya sepah dibuang
Menyakiti orang tiada gunanya
Kabus pagi seperti asap
Hilang kabus terbit terang
Tiada api mana pula timbulnya asap
Tiada angin masakan pokok bergoyang
Indah ukiran dipermukaan papan
Permukaan kasar halus diketam
Usah menjadi gunting dalam lipatan
Luaran sopan dalamnya kesumat dendam
Berselindung manis dibalik tabir
Menanti bakal imam berjabat tangan
Manis senyuman di seulas bibir
Rupanaya lontar batu sembunyikan tangan
Bertambah pengetahun rajin belajar
Ilmu bererti bila dimanfaatkan
Sungguh-sunggu lari mengejar
Apa dikendong jatuh berciciran
Ada ragam yang menghiburkan. Tidak kurang ada ragam yang menyakitkan. Yang mana satu kita dapat. Yang mana lebih banayak kita rasai. Semuanya rezeki dan izin daripadaNYA juga. Kalau ragam yang mendekat itu yang baik-baik bersyukurlah. manakala kalau sebaliknya anggap ada sesautu yang Tuhan mahu kita ambil jadikan pedoman.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ragam
berbagai ragam juga hiburan untuk kita
BalasPadamragam orang, ragam kita, semuanya berbeza.
BalasPadamindah dan penuh makna tersirat
BalasPadamlain org lain ragam he hzz
Ragam bermacam ragam. Ada yg buat ngam ada juga yang buat jadi geramm
BalasPadamBANYAK UDANG BANYAK GARAM
BalasPadamIlmu yang kita nak pelajari tak pernah akan habis ..itu tanda kekuasaan Allah..Subahanallah
BalasPadam