SABUN HERBA WARISAN NEK MA

SABUN HERBA WARISAN NEK MA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUNGKIN. Sudah ada yang mencuba dan telah menjadi pengguna setia sabun herba warisan nek ma. Tapi PC dan en suami inilah kali pertama. Alhamdulillah. En suami beli, isterinya buat review percuma diblog. Ha gitu. Ini bukan review berbayar ya. Beli, guna dan kongsi.

SABUN HERBA WARISAN NEK MA

Bahan yang terkadung dalam sabun herba warisan nek ma ni boleh dikatakan semuanay ada di rumah kita. Ada di dapur dan sering kita gunakan untuk memasak juga. Rupanya boleh diolah menjadi sabun dan baik untuk tubuh juga. Selalu makan kali ni rawat daripada luar pula. 

Antara bahan-bahan yang diguanakan dan sabun ini mengandungi minyak serai, minyak dan ekstrak pudina, kristal mentol, garam batu himalaya, ekstrak kayu manis, minyak cengkih dan minyak dan ekstrak halia.

Lebih kurang seminggu dah kami guna. Konsisten. Mengikut apa yang dinyatakan, sabun herba warisan nek ma ini dapat membantu mengatasi masalah antaranya, sakit sendi otot, angin dalam badan, kebas-kebas, migrain, perut kembung, susah nak tidur malam, sakit urat, masalah gatal-gatal dan beberapa masalah lainnya.

Bagi pendapat PC, lain orang lain kesan pada tubuhnya. Ada orang kesannya cepat. Ada orang lambat sikit. Memang aromanya menyegarkan sebab campuran herbakan. Bilik air sentiasa beraroma herba. Nyaman. Selesa. Segar. Memang best

Tak hairan kalau kita guna sabun ni akan kerap sendawa sebab aromanya tu yang padu. Tak langsung, angin dalam badan dapat dikeluarkan sedikit demi sedikit. Syukur. Kita usaha sebaik mungkin untuk mendapatkan tahap kesihatan yang maksimum. Luaran dan dalaman. Asal niat tidak terpesong in sha Allah semua baik-baik sahaja. Aamiin. 

Berminat untuk mencuba jom singgah di fb nya facebook . Bilik air dah macam ala-ala spa gitu. Ber ''aromaterapi''. Lepas mandi badan rasa segar dan sejuk berangin. Huhuhuhu.

Tinta Perdu Cinta ❤
 SABUN HERBA WARISAN NEK MA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kalau boleh bersendawa tu selalunya bagus.. boleh cuba & buat jual ni heh heh

    BalasPadam
  2. Kak ana guna juga. Sedap bau dia. Lps mandi rasa sejuk je badan sebab effecr methol tu kan. Angin badan pun keluar juga.

    BalasPadam
  3. PRODUK MANDIAN TERBAIK TU BANYAK BAHANNYA

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama