TIDAK MAMPU LAKUKAN BANYAK PERKARA TAPI

TIDAK MAMPU LAKUKAN BANYAK PERKARA TAPI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KALAU. Nak urus semua perkara sendiri bukan tidak boleh. Boleh-boleh sahaja. Sama ada sekaligus atau sedikit demi sedikit. Tapi mampu tak tubuh kita untuk lakukan. Boleh tahan tak mental kita dengan beban yang bertimpa-timpa. 

Kesiankan diri sendiri. Berilah ruang untuk berehat sekejap. Mengapa tidak. Beri tubuh kita berehat bererti fikiran dan emosi juga berehat. itu pun hadiah untuk diri sendiri. Tak semestinya nak hargai diri belanja yang mahal-mahal. Mewah-mewah. Mampu ok. Habis tu macam mana bagi yang kurang berkemampuan.

Kepakaran dan kemahiran yang berbeza-beza. Pengetahuan yang tidak sama. Kemampuan yang skalanya tidak setara. Inilah kita. Ada perbezaan dan perbezaan itu ada sisi indahnya yang akan saling melengkapi dan mengisi juga. Kalau semua orang mampu lakukan banyak perkara boleh bayangkan tak apa yang akan terjadi. Kalau semua orang tidak mempu lakukan banyak perkara juga, lagilah pening. 

Tuhan dah setkan diri setiap kita ni lain-lain kemampuannya untuk lakukan sesuatu. Menguasai biadang tertentu. Mahir dalam urusan atau perkara tertentu juga. Contoh paling mudah, kalau kita boleh memasak dengan baik, boleh mejahit dengan kemas, belum tentu kita mampu bertukang dan mendirikan sebuah rumah sampai sempurna untuk didiami. Kita kumpul modal, kita upahlah tukang rumah yang berkemahiran dan terpecaya untuk bina rumah kita.

Kalau serba boleh pun tetap sahaja ada keterbatasannya juga. Kita manusia biasa yang unik. Memang boleh lakukan banyak perkara dalam satu-satu masa tetapi kita boleh kuasa dengan sangat mendalam hingga ke dasarnya. Walaupun begitu, tidak mempu lakukan banyak perkara tapi kita boleh ambil tahu dan belajar banyak hal yang positif. Seperti menuntut ilmu. Perbaiki diri. Nampak tak. Ada yang ada hadnya untuk dilakukan, dan ada yang tidak ada hadnya untuk kita perolehi.

Mahu atau tidak sahaja.

Tinta Perdu Cinta ❤
TIDAK MAMPU LAKUKAN BANYAK PERKARA TAPI


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama