AWAL PAGI SEDEKAH SALAM DAN SENYUMAN

AWAL PAGI SEDEKAH SALAM DAN SENYUMAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH. Jumaat indah. Mendung. Sekejap gerimis sekejap tidak. Nanti tiba-tiba ada guruh kuat berbunyi. Terkejut. Orang kata hari Jumaat hari yang singkat jika mahu berurusan. Tengahari masing-masing sudah mahu ke masjid menunaikan solat Jumaat. bagi yang bekerja waktu biasa, benarlah. Mana-mana jabatan kerajaan memang hari Jumaat waktu beroperasinya singkat-singkat sahaja. Awal padi dan disambung sebelah petang juga singkat waktunya.

Mungkin tidak sentiasa kita dapat bertemu dengan orang lain walau mungkin dengan jiran sebelah rumah. PC sendiri bila sudah tidak bekerja lebih banyak habiskan masa di dalam rumah sahaja. Keluar rumah hanya bila ada keperluan. Sidai kain baju, siram pokok-pokok yang ditanam, buang sampah dan urusan lain sewajarnya. Biasanya awal pagi memang meriah apatah lagi sekarang cuti sekolah. Awal pagi yang segar. Aroma embun memikat deria bau ini. Nyaman sangat-sangat. 

Awal pagi sedekah salam dan senyuman. Salam itu satu doa. Beri salam dan jawab salam. Bukankah itu saling mendoakan satu sama lain. Kan. Jadi, amalkanlah sentiasa. Tak semestinya kalau mehu mendoakan perlu tadah tangan. Dengan memberi salam pun itu mendoakan juga. Saling. Walau mungkin ada yang tidak terbiasa dengan sedekah salam awal pagi ketika bertemu, tidak mengapa, sesekali kita mulakan. kalau dapat selalu setiap kali berjumpa ha lagi mantap. Lagi bagus. Gitu.

AWAL PAGI SEDEKAH SALAM DAN SENYUMAN
Tidak semestinya wang untuk memberi sedekah

Kalau dapat bertemu siapa pun awal pagi tu berilah senyuman. Bukan maksudnya bila jumpa waktu tengahari atau petang ke malam tak boleh sedekah senyuman. Boleh je. PC cerita situasi PC. Biasanya awal pagilah jumpa jiran-jiran sebab memang waktu pagi ramai yang berada di luar rumah. Biasalahkan rutin awal pagi. Kalau jiran tu bekerja lagi la susah nak jumpa. Kita keluar dia masuk. Kita masuk eh dia keluar. nak jumpa hujung minggu jelah awal paginya. 

Ambil dan isi setiap kesempatan yang ada untuk sedekah mudah dan ringkas. Tak apalah. Beri  salam. Beri senyuman. Tak salah pun. Tapi jangan senyuman menggoda. Takut melayang kuali hitam tak pasal-pasal nanti. Hehehehe. Paling penting terus jaga adab di mana pun berada dan dengan siapa pun kita bertemu.

Tinta Perdu Cinta ❤
AWAL PAGI SEDEKAH SALAM DAN SENYUMAN  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Senyum itu sedekah, bila ditambah dengan salam, bertambah lagi pahala kita dapat, kannnn.

    BalasPadam
  2. Nak bersedekah tu ada macam-macam cara kan PC..

    BalasPadam
  3. Setiap awal pagi, wak dapat buat sedekah subuh kat tabung surau

    BalasPadam
  4. Amalan mudah menjemput rezeki di awal pagi. Selamat beramal :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama