BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEJAK PC KECIL ini sudah menjadi satu kebiasaan. Bukan lagi suatu yang aneh. Kalau cuti sekolah je dua, satu majlis kahwin dan kedua majlis berkhatan. Surat atau kad jemputan yang sampai rumah mama babah tu la.. walimatulurus kalau tak doa selamat kerana ada anak atau cucu yang berkhatan.
Tapi biasanya kalau di kampung-kampung meraikan anak atau cucunya berkhatan dah macam majlis sambut menantu. Serius, memang meriah. Biasanya dah berkhatan seminggu, luka dah bai ha baharu adakan majlis supaya boleh makan sedap sama-sama katanya. Taklah meleleh air liur.
Sampailah sekarang. Bila mula je cuti sekolah berderet majlis walimatulurus dan berkhatan. Memang tak boleh elak cuma bezanya dalam keadaan sekarang semuanya dihadkan jumlahnya terutama bab tetamu yang boleh diudang ke majlis la ya. Semua kena patuh SOP, walau kadang kat mana-mana pun di luar sebarang majlis di tempat awam dah lupa nak patuh SOP.
Mungkin ada yang kurang bersetuju dengan istilah ''berkahwin muda itu dapat mengelak maksiat''. Tapi bagi PC mudah sahaja, kalau memang awak dah mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami bagi yang lelaki dan menggalas tanggungjawab sebagai isteri bagi yang wanita, mengapa tidak. Kalau yang lelaki dah boleh penuhi nafkah zahir batin dengan sebaik-baiknya bila berkahwin mengapa tidak. Kalau keluarga kedua-dua belah pihak redha mengapa tidak. Zaman sekarang sangat ramai anak muda yang masih muda-muda sudah berjaya dengan kerjaya masing-masing. Memiliki pendapatan yang stabil, halal dan lebih daripada cukup. Kalau semuanya ok, takut berbuat maksiat, pilihlah bernikah dengan cara baik. Kalau tak mampu lagi, pilihlah berpuasa moga dapat redakan nafsu tu ya.
Ok cerita bab berkhatan pula. Tengah meriah ni, sebab anak kawan PC pun baharu berkhatan beberapa hari je. Sepupu PC pun baharu semalam anaknya berkhatan. Masing-masing ada cerita tersendiri. Persamaan pada dua-dua urusan berkhatan ini adalah menangis sampai bergegar klinik. Sampai doktor pun cuak. Cuak bukan sebab anak kawan dan anak sepupu PC ni nangis masa proses berkhatan tapi cuak yang sedang menunggu giliran nak berkhatan kat luar tu tak jadi berkhatan lari lintang pukang pulak. hahahahaha.
Cerita sepupu PC. Bila dah sampai rumah.
Abang sedang menahan sakit kerana ubat bius semakin berkurangan. Menangis manja atas tilam sambil kain diikat tali dan digantung. Dan adik-adiknya pun memulakan pelbagai ragam dan aksi. Sepupu PC anak-anaknya panggil dia ibu.
Ibu : duduk diam-diam abang tak sihat, abang sakit
Anak lelaki nombor tiga dan empat : abang kenapa bu?
Ibu : sunat
Anak lelaki nombor tiga dan empat : kenapa abang ngah dulu.. kakak tak pun?
Ibu : kakak dah masa baby
Anak lelaki nombor tiga dan empat : bu, kita bosan la.. boleh tak main pondok- pondok dalam kain abang?
Ibu : tak boleh.. jangan!!!!.. mentang-mentang kain abang tu macam khemah.
Akur. Senyap. Dan beberapa minit kemudian si abang meraung macam nak putus urat gara-gara adik-adiknya susun segala jenis dan saiz toys dinosaurs dalam kain si abang sekali ditindihnya luka sunat abang yang masih merah basah.
Mungkin ada yang biasa-biasa sahaja. Pasrahnya sungguh-sungguh. Ada yang pasrahnya separuh jalan. Ok di rumah tak ok di klinik. Atau di rumah tak ok apatah lagi di klinik lagi la tak ok. Bawaan dan rezeki masing-masing. Zaman sekarang ramai juga ibu bapa yang memilih sunatkan anak lelakinya setelah seminggu atau dua minggu kelahiran mengikut sunah dan budaya orang arab. Bagi mengelakkan masalah jangkitan pada saluran kencing pun ya juga.
Khatan atau "bersunat" merupakan salah satu cara membersihkan alat sulit kerana zakar dan faraj merupakan tempat dimana pembiakan kuman-kuman yang boleh memudaratkan. Menurut Imam Shafie, Imam Malik dan al-Auzai serta lain-lain berkhatan atau bersunat ini merupakan wajib bagi seseorang yang bergelar Muslim. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa khatan wajib dilakukan ketika si anak hampir cukup umur atau akil baligh. Mengkhatan anak lelaki adalah wajib manakala mengkhatankan anak gadis adalah terpuji dan bukannya wajib. ]RINGKASAN RUJUKAN]
Untuk kebersihan dan menjaga kualiti ibadah, lakukanlah apa yang terbaik dan sebaik-baiknya. Semoga Allah redha.
Tinta Perdu Cinta ❤
BILA CUTI SEKOLAH WALIMATULURUS DAN BERKHATAN MEMANG WAKTUNYA
Ye, betul tuh. Banyak majlisss musim sekarang ni.. Moga selamat dan dipermudahkan kesemua urusan
BalasPadamya..betul..cuti sekolah ni kenduri kahwin adik saya dan anak buah saya pun bersunat hari ni
BalasPadamCuma sekarang ada tambahan SOP
BalasPadamAda waktu tertentu untuk kehadiran tetamu untuk mengelakkan terlalu padat
abam2 dah selamat sunat... tgl si uyum sorang je blm sunat lagi ni.. kita tungu tahun depan aje la heheh
BalasPadamskrg dlm beberapa hari budak dah boleh berlari slps dikhatankan. masa abe kie dulu 2 minggu gak baru sembuh.... teknologi dah berubah..
BalasPadamAduhh si adiknya pun hehehe. Macam macam ragam
BalasPadamMeriah majlis orang dulu dulu dan sebelum PKP. Sejak PKP ni semuanya tak semeriah dulu.Tengok budak berkhatan ni risau kalau yang menanti giliran tu terdengar jeritan yang kat dalam tengah bersunat. Terus jadi cuak tak jadi bersunat. Bermacam ragam, ada yang kelakar ada yang kesian tengok.
BalasPadam