BILA NAMPAK BURUKNYA ORANG
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
Jangan disebut
Jangan dicanang
Andai diwartakan sesukanya sahaja
Itu bererti tiada bezanya kau dan dia
Bila nampak buruknya orang
Tahan untuk bertahan
Tidak lisankan
Tidak sebarkan dihujung jari juga
Tapi doakan dia
Moga Tuhan lentur hatinya
Bila nampak buruknya orang
Ambil kesempatan
Cepat-cepat
Cermin diri
Muhasabah setiap hari
Hati-hati
Takut diri sendiri terlebih buruk nanti
Bila nampak buruknya orang
Tidak usah berasa baiknya diri
Risau nanti terbongkar buruk sendiri
Kisah silam itu ada telah dilalui
Baiknya merendah hati dan diri
Bila mula menuding jari
Bila mula melontar lisan itu ini
Bila mula menyebut begitu begini
Itu kau sudah menampakkan buruk sendiri
Di mana bezanya
Kau dan dia yang kau sebut-sebut buruknya
Tinta Perdu Cinta ❤
Bila Nampak Buruknya Orang
Tags:
Santai
terima kasih atas pesanan PC, sekarang ni menghebahkan aib orang dah jadi keseronokan pula di dunia maya, amat menakutkan muflis di akhirat kelak.. moga di jauhkanNya dari jari jemari kita dari terlibat sama..
BalasPadam