BINALAH BENTENG YANG SANGAT KUAT. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Tunjuk pada diri sendiri. Ya, bermula daripada diri setiap kita. Siapa pun kita. Individu. Berpasangan. Keluarga.
Bagi PC, apa pun itu bermula daripada diri kita sendiri. Kemudian bila kita berkahwin semakin besar dan luas usaha memperkukuh benteng. Melahirkan anak-anak yang kuat hatinya. Anak-anak itu nanti keluar menjadi masyarakat yang boleh menjadi benteng kepada dirinya dan keluarganya, agamanya, bangsanya serta negaranya.
Sehebat mana kerajaan, sekukuh mana empayar, seteguh mana undang-undang jika benteng yang ada dalam diri tidak dibina dengan betul, semuanya tidak mustahil rabak dan lebur dalam sedetik waktu sahaja. Ingat ya tidak mustahil.
Benteng dalam rumahtangga. Suami jadilah imam yang baik. Bimbing isteri dan anak-anak ke arah yang lebih baik setiap hari. Jadikan Rasulullah saw contoh suami, ayah dan pemimpin yang terbaik segenap sudut. Jadikan rumahtangga sentiasa sakinah, mawadah wa rahmah. Ada kekurangan itu wajar kerana sama-sama manusia hidup sebumbung dari latar belakang dan karektar yang berbeza, namun buka bererti tidak boleh muafakat untuk bina benteng yang sangat kuat. In sya Allah boleh selagi sama-sama mennjada hubungan dengan Allah swt.
Benteng agama. Agama itu boleh menjadi benteng. Benteng yang sangat kuat dan paling sukar diroboh kalau didasar dengan sangat baik dan benar. Walaupun mungkin sekadar asasnya sahaja yang kita kuasai ilmu tersebut, tetapi kalau benar dan menjiwai, kita akan tetap sahaja tahu beza mana baik dan buruk, mana benar dan salah. Agama menjadi perisai.
Benteng negara. Bermula daripada keluarga. Disemai dengan akhlak yang baik. Dipasak dengan agama yang kuat dan teguh, insan-insan ini nanti bakal menjadi benteng negar. Siapa?. Anak-anak kecil, remaja yang sekarang ini sedah tumbuh mejadi manusiawi. Pelapis yang nanti menggangikan kita semua yang bakal kembali kepada Pencipta.
Kesimpulannya, binalah benteng yang sangat kuat. Bermula daripada dalam diri masing-masing. Asasnya iman dan ilmu. In sya Allah baik nanti benteng yang dibina. Kuat juga benting yang didirikan.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Binalah Benteng Yang Sangat Kuat
Tags:
Santai
Wkmussalam
BalasPadamKadang2 benteng yang kukuh pun boleh lebur angkara pelbagai dugaan
Betul... benteng ni umpama akar...
BalasPadamBetul sangat PC. Nice reminder. Semuanya terletak pada diri kita sendiri, sebab di akhirnya kita sendiri yang akan menentukan tempat terakhir kita sama ada di syurga ataupun di neraka
BalasPadambenteng runtuh habislah semuanya
BalasPadam