PC rujuk dan dapat sumber di sini SUMBER RUJUKAN. Kemudian PC olah dengan ayat dan kesesuaian sebagaimana yang PC rasa mudah, selesa dan maklumatnya boleh sampai dengan baik in sya Allah.
Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qada’) bulan Ramadhan.Hasil bayaran fidyah perlu diserahkan kepada Baitulmal dan akan dimasukkan ke dalam akaun Amanah Fidyah dan Kaffarah sebelum urusan pengagihan kepada fakir miskin dalam bentuk beras dan bekalan makanan dilaksanakan.
Kena bayar fidyah ni bukan suka-suka tanpa sebab atau alasan yang kukuh. Kalau memang kita ada lakukan sesuatu yang mewajibkan kita bayar fidyah maka bayarlah. Tak buat apa-apa takkanlah kena bayar fidyahkan. mesti ada sebab tertentu. Antara sebab dikenakan fidyah seperti berikut
Terdiri daripada golongan yang menghidapi sakit kuat dan tidak mempunyai harapan untuk sembuh, atau golongan tua yang tidak mampu berpuasa atau kedua-duanya sekali.
Dengan syarat dibimbangi akan keselamatan ke atas bayi yang dikandungnya seperti dikhuatiri berlaku keguguran. Golongan ini dikenakan membayar fidyah dan juga menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan.
Dengan syarat ibu yang merasa bimbang akan memudharatkan bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu. Maka baginya menggantikan puasa yang ditinggalkan serta membayar fidyah.
Hutang puasa bagi mereka yang telah meninggal dunia hendaklah disempurnakan bayaran fidyahnya oleh waris-warisnya mengikut bilangan hari yang ditinggalkan sebelum pembahagian pusaka dibuat.
Musafir dan Pesakit yang tidak mengqadhakan puasa pada tahun ia ditinggalkan wajib mengqadhakan puasanya dan membayar fidyah mengikut bilangan hari yang ditinggalkan.
Mereka yang melambatkan ganti puasanya hingga telah melangkah tahun yang berikutnya (bulan Ramadhan), dikenakan denda membayar fidyah dan juga wajib menggantikan (qada’) puasa yang ditinggalkan. Bayaran fidyah akan berganda mengikut jumlah tahun-tahun yang ditinggalkan.
Tolonglah jangan sambil lewa bab fidyah ni ya. Tolong sangat-sangat sebab hukumnya WAJIB. Ikut bilangan hari puasa yang ditinggalkan. Ianya jadi hutang kepada Allah swt statusnya bila fidyah tidak dilunaskan. Kalau rasa tak yakin setelah ada orang lain ingatkan atau nasihat ke macam mana kan, pergilah rujuk dengan pihak yang berwajib. Pergilah pejabat agama berhampiran ke. Atau jumpa dan rujuk pada para ulamak ke. Boleh je. jangan malu. Dan jangan keras kepala dengar atau ikut fatwa orang yang cakap dia sendiri pun teragak-agak tidak yakin.
Macam mana nak kira kadar fidyah yang perlu dibayar
(Hari yang ditinggalkan) X (Tahun gandaan) X (1 Cupak) = FIDYAH
KADAR BAYARAN FIDYAH
Kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan ialah satu cupak beras yang boleh dibuat zakat fitrah (1/4 gantang Baghdad).
Tinta Perdu Cinta ❤
Fidyah
puasa wajib yg tinggal diganti n byr fidyahnya ikut penentuannya kan
BalasPadamtakut bebenor tertinggal puasa. masa kena covid hari tu abe kie terpaksa tinggalkan puasa Ramadhan sebyk 14 hari. Mujur abe kie lekas2 qadha pd bln syawal. takut pendek umur x sempat byr hutang...
BalasPadam