Jangan Gara-gara Kita

JANGAN GARA-GARA KITA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم . Assalammualaikum wbt. Eh,  bukan kerana akulah. Eh,  mana ada. Eh itu eh ini. Masa tulah eh sana eh sini. Nampak tak. Mahu tidak mahu kita menyumbang sesuatu. Kecil atau besar. Serius atau tidak. Ya kita ada menyumbang sesuatu yang terkadang kita tak sedari tapi orang lain perasan akan hal tersebut. 

Setiap makhluk yang diciptakan oleh-NYA ada peranan masing-masing. Jangan cakap dan anggap aku tak berguna. Jangan fikir kalau sesuatu itu tidak beri apa-apa pada kita mahu ianya tidak bererti. Jangan,  kerana kadang tidak ada guna pada kita tapi sangat berguna pada yang lain. Harap mklum. 

Apabila setiap kita ada fungsinya yang tersendiri bermaksud kena berhati-hatilah ya. Jangan gara-gara kita orang lain dapat musibah. Susah dan terganggu. Jangan gara-gara kita orang lain menjadi lebih teruk lagi. Jangan contohkan sesuatu yang salah kepada orang lain. Menang Betul adakala kita tak ada niat pun untuk dijadikan ikutan atau contoh tapi begitulah hakikat kerana setiap apa yang kita buat ada sahaja yang melihat dan mendengar. 

Kesimpulannya adalah kalau yang ditiru tu yang baik-baik tak jadi masalah. Tapi kalau sebaliknya, kita yang bakal bermasalah kelak. 

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Gara-gara Kita


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama