NIKMAT AWAL PAGI

NIKMAT AWAL PAGI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH. Kata pertama yang terluncur daripada hati. Rasa syukur kerana masih dihidupkan oleh Maha Kuasa. Terima kasih Allah. Setiap hari dan disetiap awal pagi begini dan semoga berterusan hingga waktu dijemput Ilahi nanti. Aamiin. 

Sekarang kerap hujan. Boleh dikatakan setiap hari akan turun hujan. Nikmat dan cabaran lebih-lebih lagi hujan awal waktu pagi. Sehingga detik ini pun masih lagi gerimis halus. Sebelum azan subuh. Lipat selimut atau tarik selimut. Bersihkan diri solat atau layan mata dan dinginnya pagi. Hujan itu nikmat, nak bangun solat subuh itu cabaran. Dengan kadar iman lebih tipis daripada kulit bawang. Ah, semoga berbekalkan rasa takut dengan azab Tuhan akal dan iman menyokong tubuh untuk segera bangkit.

NIKMAT AWAL PAGI

Pemandangan awal pagi yang PC suka salah satunya adalah melihat tanaman. Pada dahan dan ranting kecil itu akan ada beberapa ekor burung mencari makanan. Lebih-lebi lagi pada pokok mulberi di hadapan rumah. Meriah. Setiap hari. Selang seli dengan jiran tetangga dan pergi kerja walau pada hujung minggu. Semoga sentiasa dilimpahi rezeki yang berkat untuk kita semua.

Apa sahaja urusan, kalau mahu diselesaikan dan kalau boleh diselesaikan, selesaikanlah waktu awal pagi. Sejuk, damai, tenang dan lapang. Suasana mempengaruhi emosi. Kata orang kalau awal pagi mood kita baik insya Allah sampai ke malam mood kita akan terus baik. Kalau dari awal pagi mood dah ke laut.. maka sampai esok pagi silap-silap masih gitu. Yeke.

Kalau dari segi tubuh dan tenaga pun biasanya awal pagi badan kita masih segar dan bertenaga. jadi awal pagi kalau boleh juga laju-laju siapkan kerja-kerja rumah. kalau babah PC awal pagi cepat-cepat suka sangat pergi kebun. Segar babah kat aroma embun. Sentuh daun-daun basah daripada titisan embun nikmat katanya.

Nikmat awal pagi kena lihat sudut pandang mana yang kita fokus kerana kadang bukan jadi nikmat tapi jadi serabut terutama bila tinggal diibu kota, kalau bekerja awal pagi dah sarapan kesesakkan lalu lintas. Ada sesetengah tempat awal paginya memang sangat-sangat nikmat. Rezeki masing-masinglah. paling penting, jangan pernah lupa bersyukur setiap waktu ya.

Tinta Perdu Cinta ❤
NIKMAT AWAL PAGI

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. zaman bujang dulu, kalau takde kuliah, lepas subuh tido sampai siang. lagipun dulu dulu memang jenis burung hantu. tak tido malam, suka tido lepas subuh. lepas kahwin dan ada tanggungjawab, slow2 tukar lifestyle yang tak sihat tu. Kalau kerja shift malam tu lainlah kan.. ni main game, study, baca novel je

    BalasPadam
  2. Jadi Early Bird dan menikmati keheningan pagi itu satu anugerah indah..

    BalasPadam
  3. Nikmat awal pagi adalah tarik semua selimut...

    Eh? hahahaha

    BalasPadam
  4. betul PC kerap hujan..smpai husben pun tewas ^_^ demam sudah!

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama