PERLUKAH MENUNGGU WAKTU YANG TEPAT ATAU MULAKAN SAHAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BERBALIK PADA PERTIMBANGAN MASING-MASING. Garis waktu setiap orang tak sama. Ada yang bersusah-susah dulu bersenang-senangnya kemudian. Ada yang sebaliknya, bersenang dulu kemudian kecukupannya kemudian. Macam itu jugalah dalam hal lain.
Konsep paling mudah, ya, kita usaha merancang selebihnya tetap sahaja MESTI dikembalikan kepada Tuhan yang akan mengizinkan atau sebaliknya. Ada orang berpendapat, nak buat apa-apa, jangan tunggu-tunggu. Kata mudahnya jangan bertangguh-tangguh. Buat je. Apa-apa belakang cerita. Tapi ada sesetengah orang lebih suka berkira-kira menunggu waktu yang tepat.
Dua-dua cara ni betul dan boleh digunakan. Boleh diaplikasikan dalam kehidupan kita. Terserah senang dan selesa yang mana. Sudah tentu setiap apa yang akan dilakukan akan ada risikonya. Jangka panjang atau jangka pendek. Lama atau sekejap je.
Perlukah menunggu waktu yang tepat atau mulakan sahaja. Tengok pada keperluannya bagaiamana. Lagi satu ikut juga kehendak dan pilihan masing-masingkan. Ikut selesalah sebenarnya. Kalau ada yang kata kena cepat takut nanti ketinggalan atau tak dapat merasai atau apa yang sepatutnya tak salah juga. Boleh jadi. Kalau nak tunggu masa yang tepat pun tak ada masalah walaupun sebenarnya kita sendiri tak tahu bila waktu yang terbaik dan paling tepat.
PC percaya macam ni, sama ada PC buat sahaja nekad atau tunggu pada waktu yang PC rasakan tepat dan terbaik kedua-duanya tetap ada campur tangan Allah swt. Semua digerakkan olehNYA baik itu bisikan hati PC ke, hati PC kuat dan mantap dengan apa yang dipertimbangkan ke termasuklah rasa ragu-ragu. Semua tentu sahaja ada isyarat dan petunjuk daripadaNYA.
''Kalau ini yang terbaik Engkau mantapkan hatiku untuk terus lakukan. Kalau ini bukan yang terbaik dan belum waktu yang terbaik Engkau jauhkan dan redakan rasa keinginannya Ya Allah''. Lagi satu yang tahu waktu tarbaik, tarikh yang tepat itu semua cuma DIA. Kita ni cuma lakukan atas naluri yang diberi sahaja. Sebab tu kadang yang dirancang bagai nak meletop kepala tak menjadi, yang langsung tak direncanakan itu yang terjadi dan berjaya dengan baik.
Kesimpulannya, merancang perlu, usaha perlu, doa apatah lagi dan tawakal. Menunggu waktu yang tepat untuk membuat keputusan, bertindak atau apa sahaja, atau mulakan sahaja, tidak jadi satu kesalahan pun. Jangan jadikan beban fikiran dan perasaan.
Tinta Perdu Cinta ❤
PERLUKAH MENUNGGU WAKTU YANG TEPAT ATAU MULAKAN SAHAJA
Tags:
Santai
❤ nice
BalasPadamJangan takut untuk mencuba. Yang penting niat dan cara kita betul.
BalasPadammerancang perlaksanaan penting usaha n tawakal
BalasPadamBetul tu PC.. sama lah Kak Sue pun sekarang nie.. tak suka kalau jadi beban pada fikiran dan perasan.. Nak tenang-tenang aja.. hehehe..
BalasPadam