RINDU YANG LUAR BIASA | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Rindu ibu bapa kepada anak-anak dan cucu-cucunya. Rindu sahabat dengan sahabatnya yang lain. Rindu kawan-kawan. Rindu ini satu rasa. Rasa yang datangnya daripada DIA. Diberi kepada hamba-hamba-Nya. Semua makhluk ada rasa rindu cuma berbeza cara menterjemahkannya.
Rindu yang luar biasa. Sungguh-sungguh luar biasa. Rindu yang paling mahal dan sangat-sangat berharga. Tinggi nilainya. Rindu PENCIPTA KEPADA HAMBA-HAMBA-NYA. Rindu RASULULLAH SAW kepada UMAT BAGINDA.
Ya Rindu.
Rindu tak kita dengan Allah SWT.
Rindu tak kita dengan Rasulullah SAW.
Ujian itu juga bentuk rindu. Rindu PENCIPTA kepada hamba-hamba-Nya. Bila DIA rindu dirasakan kepada hamba-hamba-Nya barangkali salah satunya melalui ujian atau dugaan. Cuma tidak semua sedar akan hal ini kerana menganggapnya cuma hal biasa yang paling remeh. Sedangkan ianya salah satu cara Allah SWT mahu hamba-hamba-Nya lebih mendekatiNYA sentiasa.
Rindu yang luar biasa. Mungkin tidak semua orang dapat rasa. Atau barangkali diperolehi dengan bentuk yang berbeza-beza. Apa pun itu percayalah, rindu yang luar biasa walau terkadang sangat sakit awalnya menjadi indah pada hujungnya. Aamiin.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Rindu yang luar biasa
Tags:
Santai
Rindu yang luar biasa boleh jadi bahaya
BalasPadamSemoga cepat terubat rindunya