SATU KETURUNAN SEAGAMA WALAU MUNGKIN BUKAN SEDARAH SEDAGING

SATU KETURUNAN SEAGAMA WALAU MUNGKIN BUKAN SEDARAH SEDAGING | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. PERASAAN kita ini sukar diramal. memang tak boleh diramal pun. Mudah tersentuh. Rapuh pada tempatnya. Biasanya begitu. Tengok cerita yang sedih-sedih kita ikut menangis. Tengok cerita yang kejam-kejam kita ikut naik marah, benci serba serbi rasa ada. Itu cuma menonton. Cuma watak yang direka dan diolah oleh manusia. Kesannya mendalam pada kita.

Apabila hakikat yang kita lalui, apatah lagikan, sudah tentu ianya memberi kesan yang lain macam. Lebih mengena dan lebih buat sangat terasa. Kalau kita dengat kematian, kita rasai kesedihannya sangat dalam. Walau tak kenal rapat. Walau tidak pernah bertemu fizikal. Apatah lagi kalau memang kita kenal. Pernah bertahun-tahun bekerjasama di bawah satu bumbung. Tahu keperibadiannya seperti apa. Allahu ianya lebih memberi kesan.

27 November 2021, sehingga hari ini bererti sudah 17 hari. Sedang santai PC dan en suami, sahabat PC yang dulu sama-sama bekerja di bawah satu bumbung, namun berbeza unit, memaklumkan bahawa salah seorang ketua yang merangkap pegawai unit PC telah meninggal asbab COVID19. Allahu. PC rasa sangat terpukul dan tertekan kerana arwah satu unit dengan PC, dan kawan PC lain unit boleh lebih tahu akan hal ini. Mungkin sudah beberapa bulan kebelakangan ini PC sangat kurang buka facebook. Tidak dinafikan media sosial sangat membantu dan menghubungkan. 

Kami rapat. Kami selalu berbincang bukan sahaja urusan kerja malahan lebih daripada itu kerana beliau tidak pernah kedekut dengan nasihat. Seperti seorang bapa yang selalu melindungi anak-anaknya. Selalu ingatkan anak-anaknya tentang neraka itu ada. Akhirat itu ada. Allahu. En suami pun kenal beliau dan kami memang akrab. Bukan dengan PC sahaja dengan staf yang lain pun dilayan sama rata walau bukan daripada unit yang sama.

Sedih?. Pasti. Mugkin bagi sesetengah orang mendengar hal kematian macam angin lalu sahaja. Tapi tidak PC. Kita satu keturunan daripada Adam dan Hawa. Kita seagama. Walau mungkin tidak sedarah sedaging tapi kenal apatah lagi pernah bekerjasama tentu sahaja ianya memberi kesan mendalam pada PC dan kawan-kawan yang mengenali beliau.

Esok kita tak tahu apa yang bakal terjadi. Hari ini kita rencanakan sehabis baik apa yang mahu dilakukan esok. Namun takdir Tuhan itu sangat rapat tersimpan. COVID19 MASIH ADA. Allahu. Semoga Tuan Mohd Yazid bin Hassan ditempatkan dikalangan pada solihin. Di luaskan tempat istirehat yang baharu. Damai dan bahagia di sana. Setiap kebaikkan diangkat oleh Allah swt menjadi pembela yang gagah di sana kelak. Aamiin. Al Fatihah.

SATU KETURUNAN SEAGAMA WALAU MUNGKIN BUKAN SEDARAH SEDAGING

Isteri beliau juga sedang berjuang melawan virus COVID19. Semoga Allah beri kesembuhan kepada isteri arwah yang kini masih berada diwad ICU HSA Johor Baharu.

Tinta Perdu Cinta ❤
SATU KETURUNAN SEAGAMA WALAU MUNGKIN BUKAN SEDARAH SEDAGING

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Inalillah, salam takziah buat keluarga dan alfatihah buat arwah, moga rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama