SELAMAT CUTI SEKOLAH

SELAMAT CUTI SEKOLAH | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CUTI sekolah telah pun bermula. Alhamdulillah. Selamat cuti sekolah semua anak-anak. Adik-adik. Nikmati waktu cuti sekolah hujung tahun yang panjang ini dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa pula mula membuat persiapan untuk persekolahan tahun hadapan in sya Allah. Aamiin. Semoga dipermudahkan.

Anak buah di kampung mula bertanya-tanya. Soalan rutin. Soalan dalam jangkaan. ''Ummi dengan abi bila nak balik kampung''. Hailah anak. Cair hati. In sya Allah.

Cuti sekolah tapi ibu bapa bekerja. Mahu hantar anak ke mana. Atau siapa yang boleh awasi anak-anak ketika berada di rumah semasa ibu bapa bekerja. Kalau anak remaja kita ok lagi. Tapi anak kecil. Aduh. Dan COVID19 masih ada disekitar kita. Ini hakikat. Kita hidup berdampingan dengan virus. Bukan semakin berkurang tapi bertambah variannya yang baharu.

Boleh bebas tapi jangan terlalu bebas. Boleh ke mana-mana tapi ada hadnya. Tetap mesti patuhi SOP yang ditetapkan. Boleh kan patuh. Boleh kan dengar arahan. Boleh kan beri kerjasama. Apa salahnya kan demi kebaikkan bersama-sama. Sama-sama untung. Sama-sama mudah. 

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan sepanjang cuti sekolah. Ada ibu bapa yang ambil cuti bawa anak-anak balik kampung. Tak pun bawa anak-anak berjalan-jalan. Ada juga anak-anak yang minta ibu bapa hantar mereka balik kampung, mahu berada di kampung sepanjang cuti sekolah. Duduk dengan atok dengan nenek. Bebas. Mana-mana pun ok. Tak kurang ada yang mengikuti kelas-kelas tambahan khas juga.

SELAMAT CUTI SEKOLAH

Mungkin setahun dua ini nikmat cuti sekolah agak kurang dirasakan kerana sebelum ini pun masing-masing menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah sahaja. Tapi tidak mengapa. Cuti panjang ini tiada PdPR dan ibu bapa pun tidak perlu mengawasi dan menyelaras keperluan anak-anak untuk sesi pembelajaran. Ditambah mungkin baru beberapa hari kembali ke sekolah, cuti pula maka mood masih bercampur baur.

Paling penting, di mana pun berada. Jaga diri semua ya. Carilah aktiviti yang ringan tetapi berfaedah. Semoga nanti ada kenangan manis untuk dikenang sepanjang cuti persekolahan.

Tinta Perdu Cinta ❤
SELAMAT CUTI SEKOLAH


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

1 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama