TINGGI HARAPAN SEORANG HAMBA. بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Hati yang terang. Fikiran yang lapang agar mudah mengingat. Lisan yang lembut dan lancar untuk membaca dan menghafal. Kefahaman yang tepat dan tajam. Inilah yang kita harapkan ketika menuntut ilmu yang baik. Baik bukan cuma untuk diri sendiri, malahan baik juga untuk orang lain. Terkadang rasa susah sangat nak tangkap apa yang didengari.
Berat nak terima dan faham apa yang disampaikan. Makunlah kerana kita ini sentiasa terdedah dengan perkara yang sia-sia, berbanding dengan anak kecil yang mudah ingat dan hafal. Allahu. Tak apa. Mulakan semula satu persatu asalkan rajin dan kuat semangat. yakin boleh. Malaysia boleh. Kita semua boleh. Boleh cari dan dapat ilmu yang bermanfaat. Aamiin.
Selain ilmu yang bermanfaat apa lagi yang kita harapkan dan sentiasa minta daripada Allah swt dalam doa-doa kita. Tentu sekali rezeki yang baik. Sebut rezeki sangat luas pengertiannya. Bukan cuma rezeki yang boleh kita makan sahaja itu disebut rezeki. banyak sangat rezeki yang telah Allah swt beri dan pinjamkan kepada kita selain rezeki sumber makanan dan minuman yang kita makan dan minum setiap hari menjadi darah daging. masa itu juga rezeki. Tubuh badan yang sihat juga rezekikan. Banyak rezeki yang baik kadang kita pandang remeh dan anggap macam itu bukan apa-apa.
Sebab kalau sebut rezeki mesti tumpuannya kebendaan. Harta benda yang melimpah. kerja dan pangkat yang baik. Fokusnya mesti ke situ. Sedangkan kita boleh bernafas dengan baik itu juga rezeki. Boleh buang air kecil dan air besar dengan lawas itu pun rezeki. Mungkin sudah masanya luaskan pengetahuan tentang apa itu konsep dan pengertian rezeki sebenarnya ya.
Apa lagi yang kita minta dan harapkan. Pada setiap apa yang kita lakukan. Ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan mungkin ini bukan yang terakhir tapi ini yang sangat menjadi dambaan sebenar-benarnya iaitu amalan yang diterima. Berat dan besar kesannya dalam kehidupan kita di dunia dan akibatnya di kehidupan kita selepas kematian kelak. Sumpah. Bukan mudah ya amalan kita mahu diterima kerana dalam setiap amalan yang kita lakukan ada sahaja kekurangannya. Kadang tiba-tiba hati kurang ikhlas. Itu belum lagi asyik disebut-sebut atau diungkit-ungkit kebaikkan yang dibuat. Itu semua mengurangi nilai amalan baik yang kita lakukan ya.
Tapi tak apalah. Mana kita tahu itu adalah amalan yang baik, kita buat je la. Buat banyak-banyak. Semoga ada antaranya Allah swt terima dan menjadi catatan amalan kebaikkan kepada kita kelak. Walau sedikit tetap membantu juga. Sikit-sikit selalu buat dan ada in sya Allah lama-lama bertambah jugakan. Bersangka baik dengan Allah swt. Fikirkan kehidupan di dunia, kehidupan di akhirat pun berganda-ganda juga kena kita fikirkan.Sebab kita akan hidup begantung sepenuhnya dengan amalan kebaikkan yang pernah kita lakukan satu masa dulu sewaktu hidup di dunia. Beli kelapa parut, kita perah dapat santan yang banyak seronokkan nak masak. Macam tu jugalah bila amalan kita Allah swt terima.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
TINGGI HARAPAN SEORANG HAMBA
Terima kasih atas perkongsian ❤ Luas maksud rezeki tu.
BalasPadamberamal baik sebanyak mungkin bekal ke sana
BalasPadamSifat manusia, kerana manusia tak sempurna.
BalasPadamBanyakkan amalan. Insha Allah dibalas di dunia atau di akhirat
BalasPadam