WAKTU BERHARAP WAKTU BERHENTI | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. Kita insan biasa. Biasa sahaja. Lebih tepatnya Perdu Cinta. Ya PC insan biasa. Ada impian. Ada angan-angan juga. Bukan suatu yang janggal dan aneh sebagai manusia rasa itu ada. Selalu ada.
Mesti sedar diri. Sebenarnya, hal yang baik-baik, indah, manis juga positif itu merupakan cabaran. Bukan yang menyakitkan atau menyedihkan sahaja dianggap dugaan. Kalau menampung hal yang tidak baik boleh jadi hujungnya kita lebih mengenali dan mendekati Tuhan sedangkan, kalau diuji dengan kebaikkan itu tidak mustahil juga kita lebih menyeramkan dan menjauhi Tuhan pada hujungnya. Keadaan menjadi lebih huru hara bila diuji dengan kebaikkan, kesenangan dan harta serta kedudukan. Itu pun kalau jenis yang terlupa diri. Kalau yang selalu ingat, jangan risau ya. InshaAllah selamat.
Waktu berharap.
Waktu berhenti.
Ada waktunya PC mesti terus berharap kerana dengan ada perasaan berharap itu membuatkan PC mula berusaha dan berdoa. Berharap umpama acuan, agar tidak tersasar daripada landasan, tidak mudah berputus asa dan selalu bersangka baik. Waktu berharap itu perlu ada. Dan tiba garisnya, tentu sekali PC akan menamatkannya.
Waktu berhenti. Bukan waktu yang berhenti tapi PC yang mesti tahu waktu bila harus berhenti. Berhenti pada sesuatu yang dilalui dan dirasai. Berhenti melakukan apa pun itu. Kalau kita tidak letakkan had dan garis, tidak mustahil yang bersimpul bertambah kusut. Mana yang kusut boleh jadi bertambah kusut dan putus. Titik kelelahan. PC ada titik kelelahan juga. Dan pada titik itu menjadi tanda atas untuk bersedia berhenti.
Ingatkan diri sendiri .Waktu berharap dan waktu berhenti. Kedua-duanya adalah dan mesti dituruti.
Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Waktu Berharap Waktu Berhenti
Tags:
Santai