AKAN KELELAHAN JUGA

AKAN KELELAHAN JUGA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Lebih kurang seminggu kita berada dibulan Januari kan. Alhamdulillah. Syukur sangat-sanagat. Halaman ke lapan dibuku baharu 2022. Walaupun baharu lapan haru tidak mustahil telah banyak juga yang kita lalui. Baik diri sendiri. Keluarga. Kawan-kawan. Inilah kehidupan.

Kehidupan. Pasti tidak dapat dipisahkan dengan rasa kelelahan. Sungguh. jangan kata kita manusia. haiwan pun tahu dan merasai kelelahan. Tumbuh-tumbuhan. Cuma kita saja yang tidak memahami bahasa kelelahan mereka. Yang tahu cuma mereka dan Allah swt yang Maha Mengetahui.

AKAN KELELAHAN JUGA

Sekuat apa pun semangat kita, badan tidak mampu dan tidak pandai menipu. Paksalah macam mana pun, kalau dah kelelahan hujungnya datanglah rasa sakit dan tidak selesa pada keseluruhan tubuh badan. Sebab itulah ada namanya rehat. Beristirehat. Tidur. Untuk beri peluang kepada tubuh untuk lebih santai. lebih ringan. Lebih selesa.

Mungkin ada yang menggunkan alasan kelelahan untuk mengelak dan mahu lebih berehat. Ada. Penat tipu-tipu tapi biasanya diri sendiri tidak akan selesa. Kelelahan yang memang betul-betul kelelahan dengan pura-pura atau mencari peluang itu tak sama rasanya. Berehat dalam keadaan letih lebih nikmat daripada baring saja-saja dalam keadaan semua baik dan cergas.

Macam juga bila mata kita mengantukkan, bila mengantuk duduk pun boleh tertidur. Tapi kalau tak rasa mengantuk awak baringlah macam mana pun mata terbeliak je tak boleh nak lelap kecuali kalau menag jenis mudah tidur atau kuat tidur. Itu lain. Atau mungkin ada masalah kesihatan.

Mahu tidak mahu, terimalah hakikat bahawa akan kelelahan juga tubuh kita. perasaan kita menanggung perasaan dan fikiran kita berfikir macam-macam. jaga pemakanan. Bersenam. Makan la vitamin dan apa pun itu menag menambah baik kualiti kesihatan tubuh tetapi tetap sahaja tidak dapat mengusir rasa kelelahan yang ditanggung tubuh.

Tinta Perdu Cinta ❤
AKAN KELELAHAN JUGA 
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama