BILA DAH TAK FIKIR LAGI KETIKA ITU SAMPAI KE TITIK TAWAKAL

BILA DAH TAK FIKIR LAGI KETIKA ITU SAMPAI KE TITIK TAWAKAL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK  sampai ke hati cuma sekadar dimulut sahaja kadang kita ni termasuklah PC. Ada dia. Cakap tawakal. Sebut sabar. Dua hal ini, tawakal dan sabar ni kadang cuma kerap disebut pada lisan kita tapi kurang jejak ke hati. Buktinya ada masanya PC pun tak sabar juga. Kadang rasa takut dan waswas menguasai diri juga. Nampak tak. Bergantung harap pada orang dan dunia masih tebal lagi. Allahuakbar. nak jadi apalah ko PC oi.

Jujur, sudah banyak kali berulang terjadi dalam hidup PC dan orang yang hampir dengan PC. Perasan akan satu hal ini ianya benar-benar mendidik dan menjadi pengajaran juga peringatan untuk diri PC. Bila nak sesuatu, kalau dapat tak jadi masalah, yang jadi masalah bila belum dapat. Ha, gelisah dan rasa tak puas hati. Tak puas hati tu tak adalah sampai pukul orang, tumbuk orang, jerit-jerit ke apa, limrah kot kalau nak sesuatu selagi belum tercapai rasa tak ok. Bila dah dapat, lapang hati fikiran. Lega.

BILA DAH TAK FIKIR LAGI KETIKA ITU SAMPAI KE TITIK TAWAKAL

Kadang-kadang, akan tiba satu keadaan rasa menyerah dan pasrah tu lebih tinggi dan datang bertalu-talu. Akan tiba satu detik rasa macam malas dah nak fikir. Bahasa kasarnya, ala lantaklah situ.. atau ermmm ada, ada, belum nak ada tak apa. Ini merangkumi semua hal tau. Bukan semua perkara, urusan, barangan atau benda yang kita nak boleh terus ada dan dapatkan. Semamkin mendesak, semakin tertekan dan sakit. Hilang konsep sabar dan melayang konsep tawakal.

Nak jadikan cerita. Apabila suatu hal atau benda tu kita dah tak ambil pusing pun, malahan kadang dah lupa pun, eh, semuanya datang mendekat. Mudah. Ada. Nampak tak. Bila tawakal sungguh-sungguh. Bila menyerahkan dan berserah. Pada kita macam dah tak peduli lagi tapi pada Allah itu satu tawakal. Maka dihadirkan dan diberikan kepada kita sebagaimana yang hambaNYA inginkan. Hajatkan.

Bila dah tak fikir lagi ketika itu sampai ke titik tawakal semua yang hadir memberi rasa nikmat dan kemanisan yang berganda dan luar biasa. Terkadang ianya lebih daripada apa yang diingini dan lebih daripada apa yang dibayangkan oleh kita.

Tinta Perdu Cinta ❤
BILA DAH TAK FIKIR LAGI KETIKA ITU SAMPAI KE TITIK TAWAKAL


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama