HARI PERTAMA DITAHUN 2022

HARI PERTAMA DITAHUN 2022 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Allahu Akbar. Alhamdulillah. Syukur. Segala puji bagimu Ya Allah. Selawat dan salam untukmu wahai kekasih Allah swt, Nabi Muhammad saw.

HARI PERTAMA DITAHUN 2022

Hari pertama. Ditahun baharu 2022. Berbaki 364 hari lagi untuk kita nikmati jika diizin olehNYA. MasyaAllah. Kalau kasut baharu masih tebal dan tebal lagi bunga ditapaknya. kalau pakaian baharu masih lagi tebal dan rapat-rapay benangnya. Kalau buku baharu masih putih bersih halamannya. Dan kita bagaiamana dihari pertama di tahun baharu ini.

Mungkin ada yang memulakan semula semuanya daripada awal. Ada juga yang terus menyambung apa yang sudah sedia ada daripada tahun sudah. Ikutlah mana-mana yang terbaik dan lebih selesa untuk dilakukan.

Hari pertama ditahun 2022. Allah swt masih izinkan kita hidup dan menghuni alam ini. Menjalani kehidupan seperti selalu dengan rutin-rutin yang mungkin berkurang dan tidak mustahil bertambah. Paling pasti jangan pernah mengurangkan rasa bersyukur atas setiap nikmat yang dipinjamkan olehNYA.

Hari pertama. Langkah baharu. Semoga Allah swt sentiasa kuatkan dan mantapkan keimanan yang ada dalam hati kita. Tajamkan fikiran kita untuk menilai sesuatu hal agar tidak khilaf berkali-kali. Dilimpahkan rezeki bak air zam-zam yang tidak pernah berkurangan dan kering ditelaganya. Dipermudahkan urusan dunia untuk meraih sejahtera dan bahagia akhirat. Dilindungi daripada bencana dan musibah yang berbahaya juga membinasa.

PC berusaha menjadi hambaNYA yang lebih baik. Lebih taat. Lebih sedar diri. Melunas tanggungjawab dengan lebih telus dan tulus. Redha yang dicari agar redha itu menjadi kunci yang boleh membuka banyaknya mangga-mangga istimewa. SELAMAT TAHUN BAHARU semua sahabat blogger. Terus menjadi blogger yang bersemangat dan berkongsi artikel-artikel terbaik.

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
HARI PERTAMA DITAHUN 2022


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Salam tahun baru PC... semoga apa yang PC hajatkan tercapai, sama juga ngn akak mahu menjadi hambaNya yg lebih baik dan taat... Aminnn

    BalasPadam
  2. moga kita jadi yang terbaik dan makin baik :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama