KEPUTUSAN MUKTAMAD DI AKHIRAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MUKTAMAD di dunia kadang masih boleh berubah. Mulut kata muktamad tapi hati kita ni Allah swt yang jaga setiap masa. Kadang muktamad tu kerana faktor tertentu tapi boleh sahaja berubah. Banyakkan berlaku begitu. Lagi la kalau perkara itu baik, boleh jadi berubah menjadi lebih baik. Yang dimuktamadkan dah baik. Tapi rasa ada yang lebih baik maka diubah dan berubahlah.
Sementara di dunia masih ada peluang untuk mengubah dan berubah. Ada kesempatan yang diberi. Tetapi, tidak nanti setelah kita mati. Sudah tidak ada lagi kesempatan. Tidak ada lagi peluang dan sebagainaya. Kau merayulah macam mana pun. Waktunya sudah tamat. Tempohnya sudah luput. Jadi, sementara masih hidup ni, jangan sia-siakan apa pun itu hal kebaikkan yang boleh dibuat.
''Dan (Dia lah) yang aku harap-harapkan supaya mengampunkan dosaku pada hari kiamat;
(Asy-Syu'araa' 26:82)KEPUTUSAN MUKTAMAD DI AKHIRAT. Sekarang ni kita memang buat sahaja. Tunaikan sahaja. Apa disuruh. Apa dilarang. Rasa macam tak ada apa-apa. macam sia-siakan. Sebenarnya tidak. Sebab tulah walau ada dah penjelasan daripada Al Quran. Ada dah nasihat dan sunah tetap ingkar lagi. Tetap buat tak tahu lagi. Walhal percaya pada hari akhirat tu rukun iman. Ada balasan baik dan buruk di akhirat. Ada syurga neraka nanti. kadang manusia ni nak cari logik yang semua ada bukti depan mata. Sedangkan semuanya ada kaitan dengan iman. Itu belum yang suka mencabar kekuasaan Allah swt. Ya Allah. Ngeri.
Sebelum nyawa kita diambil semula, tolonglah berubah. Keputusan muktamad di akhirat tu tak boleh tawar menawar lagi. Semua soalan ada jawapan cuma risau kita yang tak mampu nak jawab je.
Perdu Cinta ❤
KEPUTUSAN MUKTAMAD DI AKHIRAT
Terima kasih kak ingatkan :)
BalasPadam