KESEMBUHAN ITU NIKMAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Salam JUmaat indah untuk semua sahabat-sahabat blogger yang PC hormati. Semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah swt. Selalu dipermudahkan urusan bukan cuma di dunia malah nanti hingga di akhirat kelak. Allahumaamiin.
Dan apabila aku sakit, maka Dia lah yang menyembuhkan penyakitku;
(Asy-Syu'araa' 26:80)Sihat itu nikmat yang didalamnya ada ujian. Sakit itu memang sudah jelas ujian tapi jangan lupa ada juga hikmahnya. Ada orang sepanjang hayatnya tidak pernah sakit. Itu nikmat dan rezeki. Ada orang lain pulak, sepanjang hayatnya sakit memanjang sehinggakan waktu sehatnya boleh dibilang dengan jari jemari. Nampak tak. Setiap orang ni ada bahagian masing-masing.
Sakit. Siapa yang mahu sakit. Semua orang kalau boleh nak sihat sentiasa. Sebab sihat tu nikmat sangat. Boleh buat macam-macam aktiviti. Mudah nak bergerak. Boleh ke sana ke mari. Mudah kata, bebas. Kalau sakit tentu sahaja banyak hal yang tidak dapat dilakukan dengan mudah. Semuanya terbatas.
Takdir Allah swt itu indah. Dalam pada sihat kadang sesekali diberi rasa sakit. Ditarik sedikit nikmat sihat yang selama ini kita nikmati. Supaya kita ingat dan sentiasa sedar. Semuanya bukan kita punya termasuklah nikmat sihat. Kadang kita berkeluh kesah bila diuji dengan kesakitan sedangkan mungkin itu salah satu teguran daripadaNYA. Salah satu cara juga DIA nak naikkan darjat kita disisiNYA.
Ya, kesembuhan itu nikmat. Nikmat sangat-sangat. Tapi berapa orang yang berubah setelah diberi kesembuhan. Menjadi manusia yang lebih taat dan bersyukur. Lantaran menganggap dan berpendapat sembuh dan sihatnya dia kerana usahanya makan ubat-ubatan dan sebagainya. Dan berapa ramai yang lebih menjadi semakin baik bila kesakitannya ambil masa yang panjang sehingga bertahun-tahun dan ada juga hingga akhir hayat tidak Allah swt beri kesembuhan.
Allah swt adalah sumber terbesar pada setiap apa pun maka mintalah apa sahaja daripadaNYA. Yakin padaNYA walau disaat hati berbelah bahagi. Walau ketika keraguan lebih menguasai diri. Lawan rasa itu untuk terus yakin dan bersangka baik padaNYA.
Tinta Perdu Ciinta
Kesembuhan itu nikmat
Memang sangat terasa nikmat dan sangat bersyukur tatkala bebas dan lepas dari seksanya sakit. Cuma, ya..dah lama-lama tu kadang jadi terlupa dan lalai. Perlu ada peringatan begini.
BalasPadamNikmat yang tidak terperi
BalasPadambetul. susah nk gambar dengan ayat kata tapi mmg yg lalui akan rasa betapa hebatnya nikmat tu
BalasPadampengalaman kena Covid 19 tahap 4 byk menginsafkan abam kie.
BalasPadamP.S. link PC dah ada di blogroll abam kie...
Wang banyak pun tak berguna kalau sakit yang tidak ada penawarnya. Tapi, tidak ada penyakit yg tiada penawar kecuali penyakit tua.
BalasPadamnikmat sihat kekayaan yg xternilai harganya
BalasPadamkesihatan dan penyakit keduanya nikmat. bila sakit lebih ingat pada Allah. Semoga sakit yang dialami menjadi penghapus dosa. Wallahu'alam
BalasPadam