LEMBUT HATI ITU KADANG MEMBINASA

LEMBUT HATI ITU KADANG MEMBINASA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih . Assalammualaikum wbt. Memiliki hati yang lembut, satu sifat mulia. Sungguh. Mudah empati. Mudah memaaf dan melupakan. Walau mudah marah tapi mudah juga sejuk. Bagus. Tetapi mesti berganda-ganda berhati-hatinya kerana tidak semua orang jernih hatinya. Masih ramai orang di luar sana yang suka ambil kesempatan.

Ambil kesempatan?. Ya, ada ramai yang suka ambil kesempatan terhadap orang lain. Terhadap kebaikkan orang lain. Walau dah tahu ada dosa. Ada neraka. Tapi mungkin dosa dan neraka tu tak nampak, jadi apa ada hal. Peluang yang ada disebat cukup-cukup. Ha gitu. Tak kira dah sekarang ni, adik beradik, saudara mara, kawan-kawan. Ikut sesedap rasa je. Fizikal sihat tapi jiwa mati dan sakit pun bahaya. Serius. Toksik [beracun].

Lembut hati itu kadang membinasa. Lembut hati itu bagus. Mudah empati. Simpati. Cakna. Tapi kalau tidak berhati-hati, jika tidak bijak memilih dan mengenal akan sering menjadi mangsa dan termasuk prangkap manusia zalim. Kalau dulu pukulsampai lebam, siksa sampai cedera itu disebut zalim, tapi zaman sekarang akhir zaman berlaku zalim tidak perlu sampai memberi kesan cedera pun. Menyakitkan hati orang yang baik itu juga zalim. Memberi tekanan mental dan emosi kepada orang baik dan orang lain itu juga zalim.

LEMBUT HATI ITU KADANG MEMBINASA
Tidak usah hingga bersisa kesakitan

Bukan tak boleh ada rasa lembut hati, mudah rasa kasihan, tapi mesti berhati-hati. Sesuaikan dengan keadaan. Mungkin perlu pilih-pilih juga walau kadang ianya mustahil dan susah nak dilakukan. Sebab orang yang berkeperibadian lembut hati ni dia bukan buat-buat. Ada orang memang buat-buat. Tapi bagi orang yang aslinya begitu ianya sukar dilawan menjadi keras hati. Sama juga kalau dia jenis keras hati, nak lembut hati tu macam kena telan bara api. Melawan diri sendiri itu susah.

Tidak la setiap akli lembut hati dengan suatu hal bakal membinasakan diri. Bukan macam tu juga. Biasanya kalau ada orang yang suka ambil kesempatan dia akan perhatikan kita dalam tempoh waktu yang lama. Baca gerak geri dan keperibadian kita juga. Sedihnya bila ada orang yang gelita hatinya dekat dengan orang yang mudah lembut hati ni. Ini yang bakal membinasakan. Risau juga. Ada orang mudah tersentuh hati dengan semua perkara. Ada orang dalam hal-hal tertentu sahaja.

Paling penting, kesimpulannya sentiasa waspada. Tak kiralah di mana pun dan dengan siapa pun. 

Tinta Perdu Cinta ❤
LEMBUT HATI ITU KADANG MEMBINASA 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. LEMBUT HATI PRIHATIN TAPI BERHATI-HATI JUGA

    BalasPadam
  2. betul, orang yang keras hati, susah nak lembut...orang yang lembut hati, susah nak keras...

    BalasPadam
  3. Betul. Jadi berpada-padalah bila berlembut hati. Bukan mengajar tak baik. Tapi untuk kebaikkan diri sendiri juga.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama