MARILAH KITA PUPUK SEMANGAT BERSAMA-SAMA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEMAKIN ramai semakin kuat dan teguh. Begitu sifirnya. Kalau hal baik akan menjadi semakin baik dan positif itu akan lebih mudah tersebar. Sebaliknya kalau perkara tak baik pun ermmm lagilah cepatnya berganda-ganda ke mana-mana. Malas betul kalau cenggitu. Racun.
Mahu kehidupan yang bersih, sihat, berkualiti bermula daripada hati kita. Fikiran kita. Kalau hati dan fikiran kita sweet like lolipop in sya Allah baik-baik semuannya. Bayangkan kalau setiap kita ada kesedaran yang sentiasa perlu dan mahu hidup harmoni dengan cara hati dan fikiran sentiasa jernih, alangkah indahnya. Tak gitu. Tapi hakikat hidup tidak begitu kerana setiap kita ini adalah manusia yang menjadi perantara satu dengan yang lain. Perantara ujian. Perantara yang nanti kita akan ke mana dikehidupan abadi.
Peluang untuk menjadi manusia yang baik dan lebih baik selalu ada la. Jangan anggap tak ada peluang. Bila tengok orang yang baik-baik, tengok orang yang boleh hafal dan memahami Al Quran terus down. Janganlah gitu. Cipta rekod kebaikkan dengan car sendiri. Mana yang selesa. Mana yang boleh dan ikut mampu. Ada faham?. Hehehehe.
Hujung usia dan akhir keadaan kita sebelum roh terpisah daripada jasad. Sebelum nyawa 100 peratus keluar dan kembali kepada PENCIPTA tidak ada siapa pun yang tahu seperti apa. Maka, tak payah nak pening kepala fikir dan beranggapan, baik masa ada hayat sampai mati begitu. Matinya pun terus masuk syurga. Kalau masa hidupnya jahat, haaa mati pasti masuk neraka. Hoiii, BELUM TENTU YA.
Lempang sikit muka tu. Memang sikit je tapi banyak kali. Dah sedar belum. Marilah kita pupuk semangat bersama-sama. Untuk bangkit dan memotivasikan diri. Saling memberi sokongan satu sama lain untuk lakukan hal-hal baik apa pun itu yang sudah diniatkan untuk dilakukan. Sokong orang buat baik pun dapat pahala tau tak. Sokong betul-betul jangan pura-pura dan terpaksa sebab nak jaga hati. Tak pun mula-mula sokong lepas tu ko pulak yang tikam dia daripada belakang. Lebih pahit daripada peria katak satu tan rasanya perasaan.
Tinta Perdu Cinta ❤
MARILAH KITA PUPUK SEMANGAT BERSAMA-SAMA
Tags:
Santai
Wkmussalam
BalasPadamKerjasama
kerja yang berat menjadi ringan
Berat sama dipikul ringan sama dijinjing
Semangat dan sokongan tu sama pentingnya :)
BalasPadambetul alangkah indahnya andaii semua bekerjasama
BalasPadamjadii baik tanpa pertikaikan niatnya
kadang nk jd baikk cabaran sekeliling sgt kuat
hanya diri yg kenal. diri utk terus kekal