MENCUBA SESUATU YANG BAHARU | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. HARI KEDUA. Ditahun baharu. Dibulan pertama. Januari. Alhamdulillah mungkin ada yang sedang mencari-cari mahu mencuba sesuatu yang baharu. Ya mengapa tidak. Tapi bukan ''sesuatu'' itu sesuatu yang tidak bermanfaat. Walau mungkin ada yang sedang melakukan begitu. Maka stop.
Mencuba sesuatu yang baharu itu nikmat. Yalah sesuatu yang baharukan tentu sahaja akan bermula daripada awal lagi. Mula semula. Kalau ilmu, ilmu baharu. Kalau hobi ya hobi baharu. Kalau aktiviti atau kegiatan, bererti aktiviti atau kegiatan yang baharu. Sebelum-sebelum ini belum pernah dilakukan gitu. Amacam.
Tak mudah nak mencuba sesuatu yang baharu. Mungkin sesetengah orang mudah je, tapi tidak kepada segelintir orang yang lain. Sudah terbiasa dengan satu kebiasaan, mahu diubah sangat liat. Berat tak kisahlah apa pun itu. Tetapi kalau mendatangkan kebaikkan apa salahnya.
Apa cubaan baharu sahabat blogger semua. Kalau PC banyak juga yang ada dalam otak ni ha. Ada banyak juga niat-niat begitu begini. Cuma mampu tak mampu sahaja. Dan boleh atau tidak sahaja nak lakukan. Kadang awal tahun ni berapi-api. Tapi penyudahnya tinggal arang yang terbiar sepi. Ah, macam puitis sangat gitu.
Mahu mencuba sesuatu yang baharu sudah tentulah. Siapa pun itu. Mahu berganjak daripada skala lama atau takuk lama menjadi impian semua orang. Mahu yang labih baik dan lebih positif juga. Tidak ada yang mahu hidupnya gitu-gitu sahaja paling tidak kalau tidak drastik tentu sekali mengharapkan yang lebih baik daripada yang sebelum-sebelumnya.
mencuba sesuatu yang baharu bersifat sementara atau untuk bersifat jangka waktu yang panjang, paling penting kena berterusan dan jangan lupa bersyukur supaya kita tidak mudah jatuh dan tersungkur. Tidak semestinya sekali mencuba terus berjaya atau berhasilkan. Kadang ada cabaran-cabarannya juga. justeru itu bersabarlah.
Tinta Perdu Cinta ❤
MENCUBA SESUATU YANG BAHARU
Tags:
Santai
Tahun ni saya nak berbisnes di Shopee. Ini sesuatu yang baru buat saya.
BalasPadamDoakan saya berjaya ya. :)
Kebetulan tahun baharu saya memakai kasut baharu.
BalasPadamgood luck pada yang cuba benda yang baru :)
BalasPadamUncle azam je baru... semangat lama... huhuhuhu
BalasPadam