MILIKILAH JIWA ANAK-ANAK KECIL

MILIKILAH JIWA ANAK-ANAK KECIL | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. CUKUP ADA TAPI TIDAK SEPERTI ITU PADA HAKIKAT. Walaupun sudah dewasa, tapi masih ada jiwa anak-anak kecil itu perlu dan wajar asalkan jangan perangai macam anak-anak kecil walaupun nanti suatu masa seiringnya waktu mungkin ada yang berubah kembali seperti anak-anak kecil sepenuhnya, ini lain kisah dan babnya ya.

Apa yang PC maksudkan, sekarang ini, diusia kita sekarang yang masih sihat semuanya, tidak salah kalau miliki jiwa anak-anak kecil. PC sendiri pun mahu selalu ada jiwa anak-anak kecil dalam diri PC. Jiwa PC, fikiran PC. Sungguh. Mahukan tulusnya. Jujurnya. Tenangnya. Putih. Bersih. Tanpa cela. Jauh dosa.

Milikilah jiwa anak-anak sentiasa dalam diri kita. Cukup sekadar Inner child dan bukan childish kerana ianya berbahaya, kerana anak-anak selalu menunjukkan kegembiraan, sikap pemaaf, pantang menyerah, kreatif, tidak pernah was-was dan merasa selamat dan damai dengan siapa pun disekelilingnya apatah lagi pada alam. Semoga kita selalu begitu.

Kalau boleh. Pasti boleh kalau mahu. Cuma mungkin sangat besar cabarannya apatah lagi dengan segenap cabaran meniti usia yang kian meningkat. Bukan sekadar usia, hal yang perlu difikirkan dan diurusi juga tidak selalunya sama. Tidak sentiasa mendatar, akan ada naik turunnya dan akan timbul hal-hal baharu yang lain. Kadang biasa-biasa dan kadang sangat mencabar.

Namun begitu, kadang kita ni selalu macam terlupa dan tidak yakin boleh lakukan, sedangkan sikap dan jiwa anak-anak kecil yang baik hati, pemaaf, ceria dan lainnya yang sentiasa positif itu sudah ada acuannya di dalam diri kita. Ya ada. Cuma semakin dewasa sama ada ianya semakin mendalam dan bertambah baik atau semakin hilang dan berubah ke arah rasa yang lebih membinasa.

MILIKILAH JIWA ANAK-ANAK KECIL

Banyak hal berubah. PC lalui itu semua. Malahan setiap individu pasti alami perubahan sepanjang hidupnya. Tetapi dalam kelangsungan melayani segenap perubahan itu akan ada yang pasti tersisa dalam diri kita yang kita bawa dari kecil hinggalah sekarang. Malahan lebih kuat dan tajam. Pernah dengar tak orang tua cakap.. ''dia ni memang dari kecik macam ni''.. ''dari kecik sampai tua tak berubah ya''. Biasanya orang yang rapat dan kenal kita daripada kita kecil sampailah sekarang dia boleh kesan perangai kita seperti apa. Ibu bapa kita itu sudah tentu.

Bersyukurlah. Gilap supaya semakin bersinar jika miliki jiwa anak-anak kecil yang masih bersisa dalam diri masing-masing.

Tinta Perdu Cinta ❤
MILIKILAH JIWA ANAK-ANAK KECIL 



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. abam kie masih ada anak yg kecil si bongsu tu baru nak masuk thn 1 bln mac nanti. sentiasa kena beli jiwa dia...masih manja lagi berbanding kakak2nya yg dah remaja tu...

    BalasPadam
  2. Ye ada masanya jiwa anak-anak yang pemaaf tu perlu namun keadaan kadang tak mengizinkan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama