SEMANGAT MEMBARA SEORANG BLOGGER | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KAGUM sangat dengan bloger-blogger yang sentiasa bersemangat menghasilkan artikel-artikel berkualiti. Sungguh. Secara tidak langsung PC pun turun sama rasa bersemangat. Tidak salah mencontohi apa yang baik untuk kita dapatkan kebaikkan juga dalam masa yang sama. Mengapa tidak.
Bila rasa lemah dan lemau semangat yang ada. Tengok sahabat-sahabat blogger yang tidak lelah berkongsi itu dan ini diblog masing-masing, terpacu semangat yang kadang tinggal nyawa-nyawa ikan. Kadang macam telur dihujung tandung pun ya juga. Blogger pun manusia biasa. Kadang larut dengan rasa.
Beberapa kali juga PC nyatakan dalam artikel-artikel sebelum ini, tidak mudah menjadi seorang blogger. Ini pendapat PC lah. Lain blogger lain sudut pandangannya. Walaupun niche yang dipilih itu adalah yang sangat dekat dan sudah terbiasa dengan dirinya. Cabaran sentiasa ada. Pasti.
Semangat membara seorang blogger. Semangat adalah salah satu kunci besar seseorang blogger itu boleh bertahan bertahun-tahun. Walau mungkin ada yang sudah beralih ke media sosial yang lain yang lebih terkini dan menjadi pilihan ramai dan tidak kurang ramai juga blogger yang sudah bersara menjadi seorang blogger yang aktif, kerana masih bersemangat maka sehingga kini masih ramai yang aktif sudi berkongsi pelbagai artikel diblog masing-masing.
Ada banyak menu sedap-sedap depan mata, tersusun rapi atas meja, kalau tak ada selera nak makan ianya akan hanya dipandang sahaja. Kalau perut lapar, walau tidak ada makanan yang tersedia kita akan tetap terus berusaha mencari dan menyediakan hidangan untuk mengisi perut. Begitulah ibaratnya seorang blogger. Sentiasa berusaha memberi yang terbaik apa yang mahu dikongsikan.
Semangat membara seorang blogger ni lain macam. Baik daripada segi pemilihan template blog. Warna. Kalau boleh semua mahu yang paling berkualiti bukan cuma untuk kepuasan diri sendiri malahan untuk memudahkan sahabat-sahabat blogger lain juga bila sudi singgah ke blog kita. PC sendiri pun rasa ada perubahan dalam diri PC bila ada blog. Paling penting, kena tahu mana boleh dan mana tidak boleh. Mana perlu dan mana tidak perlu. Seiringnya waktu banyak yang perlu dipelajari lagi dan telah dipelajari.
Sesekali lap juga air mata. Semuanya proses. Asalkan sentiasa ingat, blog bukan cuma medium atau tempat meluah rasa, idea dan sebagainya tetapi dalam masa yang sama menjadi ladang untuk kita menyemai benih dan tabung menyimpan pahala walaupun yang menentukan kadar pahala selayaknya kita dapat itu cuma Allah, tetap sahaja mesti beringat. Takut yang diharap lain yang dapat pula lain.
Pastikan semangat membara itu kena pada tempatnya. Tidak tergelincir dan tidak tersasar ya. Bissmillah.
Tinta Perdu Cinta ❤
SEMANAGAT MEMBARA SEORANG BLOGGER
Tags:
Santai
jdah adi blogger kena rajin menulis n3 walau xselalu tapi ada
BalasPadamSemoga terus bersemangat!
BalasPadamWak pun terkagum dengan PC yang banyak idea untuk mengentri blog
BalasPadam