SIBUKKAN DIRI

SIBUKKAN DIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SELAMAT berhujung minggu semua. Semoga segala urusan dipermudahkan. Lancar. Walau masih diawal tahun, kita tidak dapat menjangka apa yang akan terjadikan. Itu lumrah. Hidup.

Mungkin ada yang telah sibuk sejak dari awal lagi. Ada yang mungkin baharu nak panaskan enjin. baharu nak mula. Takpelah. Walau mula lambat asal mula tidak diam sahaja. Balik lagi, lain orang lain caranya mengurus sesuatu hal. Kita hormati sahaja. Duaminggu lebih berada dibulan Januari. MasyaAllah. 

Sibuk atau sibukkan diri. kalau PC kedua-duanya ada dan dilakukan. Kalau ada yang beranggapan sekadar suri rumahtangga tidak ada kesibukkan, silap kot. Kalau rasa suri rumahtangga cuma makan tidur terbongkang samapai badan membesar dengan jayanya pun salah kot. Ada anak ke, belum ada anak ke kalau nama duduk di rumah akan sentiasa ada kerja rumah yang perlu diurus ikut waktunya. Kadang tengah makan pun otak ligat. Itu belum terbawak dalam tidur sampai ngigau tak tentu hala. Bukan sibuk samapai tak ada masa rehat. Ada je. Tapi sibuk tetap sibuk.

SIBUKKAN DIRI

Ada masanya PC sibukkan diri. Mungkin PC je kot. Lebih-lebih lagi kalau ada sesuatu yang bermain difikiran PC. Ada sesuatu yang buat hati kurang tenang. Biasanya PC akan lebih sibukkan diri. Sibukkan diri ni bukan lari daripada masalah atau tidak mahu mencari jalan penyelesaian tapi ianya menjadi salah satu solusi supaya tidak terburu-buru baik ketika bertindak dan berbicara. Silap haribulan boleh terus terlupa. Huhuhuhu.

Sibukkan diri lebih baik daripada menyibuk urusan orang tanpa sebab dan tak kira masa. Bahaya wooi. Jomlah sambung sibukkan diri lagi. 

Tinta Perdu Cinta ❤
Sibukkan Diri

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul , ada banyak benda nak dibuat selain dari sibuk hal orang.

    Blogging ni pun salah satu cara sibukkan diri.

    BalasPadam
  2. sibuk nar sedr2 dah malam ntah apa dibuat heh heh

    BalasPadam
  3. Betul PC, hari2 kepala berpusing memikiokannya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama