UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIJIH benih yang disemai kita tidak pernah tahu bakal tumbuh atau mengering dan membusuk hujungnya. Kalau bercambah itu satu nikmat dan jika sebaliknya jangan pernah putus asa untuk mencari biji benih yang lain dan lebih baik untuk ditanam.
Tumbuhan, haiwan apatah lagi kita manusia, tentu sahaja ada semangat untuk lakukan sesuatu tapi sebelum itu tentu sahaja ada satu tenaga yang kuat untuk terus bertahan dan meneruskan kehidupan.
Bersemangat dengan cara masing-masing. Macam mana pun mesti kena terus bersemangat. Lihat pokok. Setiap hari seperti biasa yang tidak ada apa-apa tetapi hakikatnya ada perubahan. Semakin bertambah cabang pada dahannya. kemudian setiap dahan ada rantingnya. Bertambah dedaunannya. Semakin menghijau dan melebar. Berbunga dan berbuah.
Tumbuh, begitulah juga dengan kita. harus semakin bersemangat setiap hari walau kadang tidak terlihat semangatnya tetapi terus pupuk daripada dalam diri. Semai dihati dan fikiran. In sya Allah kita semua boleh. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
UNTUK TERUS BERSEMANGAT TIADA SEMPADAN
Tags:
Santai
Walau tgk cuaca suram aje kan 2 3 hari ni harap semua pun masih semangat di tahun baru
BalasPadamSemangat tahun baharu
BalasPadamteruskan perjuangan
Keep it up! Phewww.. Semoga kita terus semangat.
BalasPadamselagi bernafas kuatkan asa
BalasPadamkita tak tahu apa yang akan jadi di depan kan
BalasPadam