AMBIL PENGAJARANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK kiralah berlaku kepada sesiapa pun. Mahu itu perkara baik atau perkara yang kurang baik, jangan sia-siakan. Bukan ambil kesempatan buruk tapi ambil kesempatan untuk jadikan pengajaran buat diri sendiri untuk masa akan datang.
Ambil pengajaran. kalau berlaku pada diri kita pesan pada orang lain apa yang terjadi tu jadikan pengajaran. Sama juga kalau terjadi kepada orang lain. Tak perlulah kita bersungguh-sungguh tambah panas atau dengaki iri hati. Kalau baik jadikan contoh. Kalau kurang baik jangan buat.
Dah masuk tahun 2022 pun kan. Kena kurangkan sebar hal yang tidak baik. Memang hal yang tidak baik perlu diberitahu supaya orang tahu tapi ada caranya. Ada tatatertibnya cara menasihati dan menegur. kalau perkara tu baik sebarkan itu pun dengan cara yang tidak berlebihan kerana tidak semua orang suka akan kebaikkan apatah lagi jika ianya berterusn dipertontonkan. Takut hujungnya orang mencari sisi kelemahan pula.
PC percaya, tiada yang sia-sia bila berlaku sesuatu itu baik pada diri sendiri atau kepada orang lain. Mesti Allah nak PC belajar sesuatu dalam waktu yang sama. Macam tu jugalah bila berlaku sesuatu pada PC, Allah nak orang lain ambil pengajaran dan belajar sesuatu juga.
Ambil pengajaran jangan ambil kesempatan. Sebab nanti awak yang berada dalam kerugian. Rugi dunia satu bab, rugi akhirat lain hal pula. Jadi sia-sialah kan. perkara atau perbuatan buruk yang orang buat jangan diteruskan. Jangan ditirulah. Nanti tak ada bezalah kita dengan dia. Tapi kalau yang molek-molek tu ha, bolehlah ikut. Jadikan contoh dan kalau boleh buat lebih baik.
Selagi Allah beri kesempatan ni, ambil pengajaran sebanayk-banyaknya tau.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ambil pengajarannya
Tags:
Santai
ambil iktibar dari pemerhatian sekitar
BalasPadamSA setuju...apa je kita alami yang baik mahuoun yang kurang baik...kita kena ambil iktibar untuk diri kita dan belajar dari sesuatu perkara....
BalasPadamSetuju dengan SA
BalasPadamBetul tu PC..
BalasPadampernah berada dalam jabatan yang "tindakan dibuat berdasarkan apa yang org terdahulu buat"...bukan berdasarkan apa yang patut dibuat.
BalasPadambila kita cuba ubah dikata jangan memandai-mandai. Tapi ammi teruskan juga buat berdasarkan apa yang patut dibuat sebab ammi rasa itu yang sebetulnya.
Ada juga orang tidak suka benda kebaikan ye. Macam-macam..
BalasPadam