BAHAYA BILA

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BAHAYA BILA

Berbuat satu kesalahan tidak berasa melakukan kesalahan
Dengan bersahaja langsung tiada rasa mahu meminta maaf
Orang perhati dan Tuhan lebih-lebih lagi memerhati

Yang disebut banyaknya salah orang
Dalam kain dan luar kain
Dalam rumah dan luar rumah
Yang dulu-dulu dan yang sekarang
Lupa ya aib sendiri Tuhan yang tolong tutupkan

BAHAYA BILA

Meluaskan kuasa dengan kuasa
Pasti ramai yang menjadi mangsa
Tentu tidak kurang yang terkena tempiasnya
Tiket mudah di dunia
Belum tentu mudah juga lepas di sana
Taubatlah dulu sementara ada masa

Bahaya bila memandang ke atas sahaja
Sampai lupa jejaknya di mana
Yang halus biasa dipijak sahaja
Yang berbicara seperti lalunya angin cuma
Hati-hati takut bila jatuh 
Sakitnya luar jangka

Selamat untuk kita belum tentu tidak berbahaya kepada orang lain
Bahaya bila 
Selalu lupa
Lupa hidup sementara
Lupa hidup berdampingan sesama mahkluk lain juga
Lupa ada yang selalu rajin mencatat tidak kita tempat dan masa
Cepatlah
S e d a r   d i r i

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤
Bahaya Bila

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

Catat Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama