BUAT APA YANG MENYENANGKAN HATI DAN FIKIRAN

BUAT APA YANG MENYENANGKAN HATI DAN FIKIRAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TERINGAT  kata-kata seorang sahabat. Kadang kita susah nak buat orang rasa senang dengan kita. Kadang lama nak tunggu orang senangkan hati kita. Perkara paling mudah adalah beri penghargaan untuk hargai diri sendiri dengan cara buat apa yang menyenangkan hati dan fikiran. Walau biasa-biasa sahaja. Hal yang mudah pun kalau boleh buat diri sendiri rasa senang hati dan fikiran itu sudah memadai. Syukur.

Selamat berhujung minggu semua. Hai, tengah buat apa tu. Sarapan apa hari ni. Jalan-jalan ke mana sekejap lagi. Atau mungkin santai di rumah sahaja. Pun boleh. Tidak pernah menjadi masalah kalau itu hal yang buat kita rasa selesa. Tapi selesa yang berada dalam kata yang diperbolehkan. Selesa yang tidak merosakkan diri sendiri dan tidak menyusahkan orang lain.

Banyak perkara boleh kita buat nak senangkan hati dan fikiran sendiri. Mula dengan diri sendiri dulu. Bila diri kita ok, in sya Allah urusan lain lancar dan ok juga. Harapnya macam tulah, kecuali kalau kita ok ada pulak yang kacaukan. Mahu jadi hijau. baik-baik elok jadinya terus tak elok. Baik-baik sejuk eh jadi panas. Aduh.

Jangan sampai ganggu orang. Kalau buat apa yang menyenangkan hati dan fikiran kita tapi buat orang lain serabut pun bahaya juga. Jadi hati-hati. Bukan kat jalanraya je kena hati-hati. Dalam lakukan banyak hal pun kita mesti berhati-hati juga. Sebabnya, kadang orang tak cakap dia tak selesa dengan cara kita. Senyap tapi rupanya kita menabung dosa. Parah.

Dapat makan ais krim pun syok juga, lagi la kalau dapat ais krim kelapa atau kacang merah ke kan.. hehehe. huulahoop bisul meletup..

Tinta Perdu Cinta ❤
BUAT APA YANG MENYENANGKAN HATI DAN FIKIRAN 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Yang penting, jangan rasa susah tengok orang senang, kan.

    BalasPadam
  2. sedapnya aiskrim slmt berhujung minggu

    BalasPadam
  3. lamanyaaa tak singgah sini.. busyra busy sikit tak sempat nak melawat kengkawan.. tp harini busyra marathonnnn. hehe

    BalasPadam
  4. Selamat berhujung minggu. Duduk rumah kemas kemas rumah pun best jugak. Rumah kemas bersih, kita pun senang hati :)

    BalasPadam
  5. syoknya kalau ada yg belanja kita aiskrim... tapi kat sini hujan... sejuk pulak nak makan aiskrim...

    BalasPadam
  6. buat saja asalkan berpada dan tidak mengabaikan tanggungjawab

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama