DAH MATI SEMUA MENGAKU MASA HIDUP PERGI MANA

DAH MATI SEMUA MENGAKU MASA HIDUP PERGI MANA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BEBERAPA BULAN LEPAS PC balik kampung. Bila balik kampung PC, ada surau dalam kampung tapi jauh daripada rumah babah mama. Cemburu dengan mak long sebab rumah dia betul-betul dekat sangat dengan surau di kampung kami tu. Berbanding bila balik rumah mertua, rumah abah mak dekat sangat dengan surau.  

Dekat jugalah dengan tanah perkuburan sebab belakang surau tu ada kawasan tanah perkuburan. Masa kami balik kampung tu alhamdulillah ada majlis ilmu di surau. Ada ceramah. Dah dibenarkan adakan majlis ilmu tapi tidak boleh kerap dan masih jaga jarak jugakan. Dapat dengar daripada rumah. Syukur sangat-sangat.

Kalau tak silap PC masa tu tajuknya harta pusaka dan tanggungjawab anak serta keluarga. Tajuk padu ni. Isu yang panas di mana-mana. Berlaku dan bergolak kadang tanpa kita sedar. Dalam banyak-banyak pengisian dan kata-kata penceramah tu.. ada yang sangat melekat dan mungkin dekat dengan diri PC. Antara kata-kata atau ayat penceramah tu.. ''dah mati semua mengaku masa hidup pergi mana''..

PC setuju, tidak semua anak-anak, adik beradik atau saudara mara begini tapi yang berperangai macam ni ada. Sangat-sangat ada. Sebab ianya terjadi dalam kehidupan peribadi PC sendiri. Ada yang masih hidup dah merampas. Ada yang merampas masa dah mati. Tak tahu kenapa ianya selalu bermain difikiran PC, mungkin ini salah satu cara Allah nak ingatkan dan elakkan PC daripada melakukan jugalah. Aamiin.

PC boleh berubah kerana nafsu. PC boleh bertukar mejadi serakah dengan harta benda. Semua boleh berlaku. PC pun tidak mana mana kadang nafsu yang terlebih berbanding akal, ilmu dan iman. jadi bila ingat kata-kata penceramah ni PC jadi belajar dan sentiasa ingatkan diri jangan lupa diri, jangan tamak dan jangan hanyut. Masa hidup tak peduli dan entah ke mana, bila ada yang mati terhegeh-hegeh tunjuk muka ngaku anak, adik beradi dan saudara mara. Walaupun memang anak, adik beradik danu saudara darah daging.

Jujurnya takut. Minta dijauhkan. Semoga kita semua tidak begini. 

Tinta Perdu Cinta ❤
DAH MATI SEMUA MENGAKU MASA HIDUP PERGI MANA


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Itulah hakikat yang biasa terjadi. Masa hidup tak dipedulikan. Bila dah meninggal, memasing tunjuk muka tuntut hak. Semoga kita dijauhkan dari sifat tersebut.

    BalasPadam
  2. sedih fikirkannya kan pesona harta lupa segala

    BalasPadam
  3. Memang senario biasa yang kita lihat hari-hari kan... manusia apabila nafsu mendepani waras akal, yang bukan hak pun hendak dituntut sebagai hak. Moga dijauhkanlah dan biar ini jadi peringatan buat kita semua.

    BalasPadam
  4. semoga kita dijauhkan dari sifat tamak dan mengambil benda yang bukan hak kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama