INI YANG SEBENARNYA

INI YANG SEBENARNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. HIDUP  tidak sentiasa boleh tersenyum bahagia dan ketawa riang. Sesekali pasti ada air mata yang mengalir membasahi pipi. Sesekali tentu ada rasa kesedihan dan pilu yang mencemgkam dada. Hati kita rapuh dengan alasan apa pun itu. Ada air mata mengalir kerana terlalu bahagia dan ada air mata mengalir kerana terlalu terluka. PC juga. Manusia biasa.

INI YANG SEBENARNYA

Ini yang sebenarnya. Tiada daya dan tiada kekuatan melainkan dengan izin MU ya Allag yang Maha Tinggi dan Maha Agung. Sungguh. Kalau harta, kesenangan dan kegembiraan itu adalah ujian, apatah lagi dugaan yang sememangnya dugaankan. pastinya lebih-lebih lagi rasa tekanannya. Rasa bebannya. Memang Allah tidak akan uji hambaNYA luar daripada kemampuan hamnaNYA. Dan setiap ujia itu akan diberi pada waktu yang tepat seperti mana rezeki nikmat.

Kita yakin kuat. Kita yakin mampu. Kita yakin boleh. Tapi akan tiba satu saat kita akan rasa sangat lelah. Buntu. Kecewa. Macam meraba-raba dalam terang. Terduduk. Macam direntap dalam keadaan sadar. Istighfar. Zikir. La hawla wala kuwata illabillahil aliulazim. 

Adakal kita mampu menghadapi apa pun sendirian. Namun tidak dimungkiri tidak akan sentiasa kita mampu lakuka segala-galanya tanpa bantuan orang lain, tetapi sebelum itu tadah tangan. Sujud. Minta bantuan daripada Allah terlebih dahulu. Sebab itulah semakin banyak ujian yang mendekat dengan kita kena semakin rancak istighfar, zikir dan berdoa kepadaNYA. Mendekap atau merapa dulu dengan Allah. Percayalah akan ada kemudahan dan bantuan yang akan menyusul nanti.

PC percaya, bila Allah uji hambaNYA itu bererti DIA nak kita cari DIA sungguh-sungguh. Kalau kita dah taat tapi masih diuji itu kerana DIA mahu tingkatkan lagi kedudukan kita disisinya. Ujian kesetiaan. Ujian kesabaran. Ini yang sebenarnya.

Tinta Perdu Cinta ❤
INI YANG SEBENARNYA



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama