JANGAN PERASAN HIDUP SENDIRIAN | بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم . Assalammualaikum wbt. 'Aku sendirian'. 'Ah, tak ada siapa peduli dengan aku'. 'Aku tak ada sesiapa'. 'Aku buat dan boleh buat sendiri'. Ada banyak lagi sebenarnya kata-kata atau luahan perasaan berkaitan dengan sendirian ni. Bersendirian. Sendiri. Sorang-sorang je. Takut sudah tentu. Rasa janggal itu pasti. Mungkin sesetengah orang boleh jadi je sendirian. Tapi tidak bagi segelintir orang. Mesti mahu berteman. Ramai kawan. Macam itulah.
Jangan perasan hidup sendirian. Cuma perasaan sahaja hidup sendirian. Lakukan apa-apa sendirian. Itu ini sendirian. Sebenarnya tidak. Kita kan hidup berdampingan. Mungkin kita sendirian tidak ditemani oleh sesiapa, contohnya ibu ayah kita, adik beradik, pasangan atau sesiapa yang kita inginkan bersama-sama dengan kita tapi mereka tidak ada bersama-sama dengan kita. Namun begitu tanpa mereka Allah swt sentiasa bersama-sama kita. Namun lumrahnya PC sendiri pun sentiasa mahu ada kawan yang boleh sama-sama dengan PC tapi hidup tidak begitu. Mahu tidak mahu masing-masing ada haluan hidup masing-masing. Ada urusan sendiri yang mesti diuruskan dengan baik.
Sama jugalah bila kita nak buat sesuatu. Tidak mungkin juga kita boleh lakukan semuanya sendirian. Mungkin pada pandangan mata kasar manusia kita buat sendiri hakikatnya tidak begitu juga. Sangat pasti ada bantuan daripada Allah swt. Kalau rasa nak buat sesuatu sembunyi daripada orang lain pun jangan perasan juga boleh buat, sembunyi daripada orang lain memang boleh dan mungkin berjayalah tapi tidak daripada Allah swt juga. Ha gitu.
Tapi sudah menjadi suatu yang biasa ada yang terkadang lupa bahawa semua tingkah laku ada yang sentiasa catat dan perhatikan, sebabnya PC pun tidak terlepas daripada melakukan. Kerana mungkin kadang kita ni lebih takut sesama makhluk berbanding dengan Tuhan. PC sendiri tidak menafikan kadang khilaf juga. Bila sedar baharulah rasa menyesal. 'Patutnya aku kena ingat Tuhan itu sentiasa melihat dan mendengar'.
Percayalah kita hidup, mati, hidup di alam abadi pun tidak bersendirian. Mungkin kalau pernah dengar, 'Apa nak takut sendirian, esok mati dalam kubur pun sendirian'.. siapa kata dalam kubur kita sendirian, lihat juga pada bagaimana amalan ketika hidup di dunia, kalau baik maka kebaikkan itu menemani, kalau buruk amalan kita maka kesakitan menemani kita sehinggalah kiamat tiba waktu semua dikumpulkan di Padang Mahsyar. S e k i a n.
Tinta Perdu Cinta ❤
Jangan Perasan Hidup Sendirian
Tags:
Santai
Allah jadikan semua benda hidup berpasangan tidak sendirian
BalasPadamKita hidup nie kadang kena juga bermasyarakat kan PC..
BalasPadamTerkadang... masa jatuh. Terasa semua meminggir. Yang penting sentiasa sedar Allah sentiasa bersama.
BalasPadamHidup zaman sekarang ramai yang suka bersikap keakuan, susah juga. Biasa di kampung boleh tengok sikap mereka suka bantu membantu damai kan bila tengok suasana begitu..
BalasPadamkalau sendirian letih dilamun kesedihan
BalasPadamterkadang terpaksa uruskan sendirian sebab segan nak susahkan orang
BalasPadamZahirnya mungkin kelihatan sendirian tp hakikatnya kiri kanan ada yg mencatit gerakgeri
BalasPadamAllah yg Maha besar yg mencipta kita..atas kehendakNya
Sendiri tetapi sebenarnya sentiasa ditemani :)
BalasPadam