KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN

KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. SEBELUM PC lahir mama babah memang dah bela kucing. Banyak dan bersilih ganti. Sampailah sekarang. kalau Memang dah tak ada langsung mama babah bela kucing, kucing jiran akan datang ke rumah walau cuma sekadar minta makan sahaja. Datang minta makan, dah kenyang balik rumah masing-masing. Tapi sekarang kucing PC ada emapt ekor tinggal di kampung. Enam ekor ada dengan PC.

Kata mamah babah bersyukurnya PC tak ada penyakit semput atau asma. Sebab daripada bayi kawannya, penemannya kucing. Bukan perkara aneh PC suka dan sayang sangat kucing. Bila ada kucing yang sakit dan mati tu yang kalau nangis sampai nak terkatup kelopak mata bengkak menangis. Hahaha. Apalah. Jangan ditiru keburukkan diriku ini. Kan kucing Allah punya. Dipinjamkan je. Tapi nanti di akhirat tak mustahil dia menjadi saksi. 

''Cepat tengok whatsapp, abang ada whatsapp gambar.. cepat tengok..''. Daripada luar pagar, nak ke masjid solat maghrib sempat lagi en suami tangkap gambar dua ketol anabul ni. Dah kenal jadi ok je mereka. Kalau tidak rasanya mesti dah lari lintang pukang.

KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN
Abang tolong jaga. Ada sepasang adik beradik yang sangat coooomel. Gurau berdua, ke mana-mana berdua. Bahagia. Mana adiknya?

v
v

KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN
Ini adiknya. Hahaha. Lepas je adiknya turun. Abangnya panjat pula. Adiknya pun sama macam abangnya tadi. Tunggu di bawah dengan paling sabar dan setia. Mungkin dah janji kan. Mana kita tahu bahasa mereka berbicara. 

Kucing jiran datang tumpang bermain. Rumah taman. Ada yang suka kucing. Ada yang sebaliknya, sangat tidak suka kucing. Ada yang tak suka bela kucing tapi tak kisah jiran bela kucing. Asal dijaga dan dikurung dengan baik dan sempurna. Harap maklum bila kucing dilepaskan kadang buang air kecil dan buang air besarnya sembarangan. Mungkin ini salah satu sebab ada yang kurang berkenan bila ada jiran bela kucing. jadi siapa nak bela kucing, faham-fahamlah.

Alhamdulillah semua kucing PC dalam rumah sahaja. Bukan tak keluar langsung. Keluar juga tapi PC dan en suami tak tinggal dan biar lepas bebas. Kalau mereka kelaur kami duduk juga di luar jaga. Kami masuk mereka masuk. Kecuali kalau di kampung. lebi sedikit bebas dan luas kawasan rumah tok ba nya.

Jiran PC pun suka bela kucing. Macam-macam jenis. Gemuk-gemuk semuanya. Montel-montel. Suka tengok. Pun dikandang sentiasa. Kalau dilepaskan pun lepasnya masuk dalam rumah. Gitu. Tapi ada juga jiran yang lepas bebas dalam tempoh masa yang lama. Tu yang kucing jiran datang tumpang bermain kat pokok pelam yang en suami baharu pangkas. Sebelum ni pernah juga PC terkejut, pokok bergoyang tapi tak nampak apa. Masa tu belum dipangkas. Haaaaa sekarang dah pecah rahsianya. Rupanya anak bulu jiran depan rumah PC. Tak apalah. Kita sama-sama makhluk Allah. Kita sama-sama menumpang. Silakan bermain ya sayang si bulu gebu.

Tinta Perdu Cinta ❤
KUCING JIRAN DATANG TUMPANG BERMAIN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Hihi, masa baca entri PC ni, kucing2 sedang beriba di peha dan duduk sekeliling.

    BalasPadam
  2. subuh tadi riuh kucing bergaduh kat luar rumah kak macam2 nada suaranya

    BalasPadam
  3. Kucing jiran sebelah ni pun sama, sejak ada rumah kucing tu, mereka tumpang mengaru sama hahahaha

    BalasPadam
  4. Sama jer color dua beradik tu. Kucing Mrs. A pun ada color macam tu hehehee...

    Masa mula-mula PKP dulu ada sekor kucing jiran Mrs. A suka bertandang masuk dalam rumah. Mrs. A gelarkan oyen, suka jer... layan gelagat oyen tu bijak tapi dah lama tak datang nak tanya jiran tu pun jarang terserempak. Tak tahulah apa khabar oyen.

    Kat taman ni kucing Mrs. A dah 2 tiga ekor hilang tak tahu mana perginya. Jiran tu pun sama pernah datang rumah Mrs. A cari kucing dia hilang si putih tak tahulah jumpa ke tidak.

    BalasPadam
  5. Rumah kak ana rumah flat. Tak berapa sesuai nak bela kucing. Tapi rumah mertua ada sekor kucing. Kemain manja dia. Hehe

    BalasPadam
  6. Tengok telatah anak bulu memang menghiburkan. Betul. Kalau nak bela kucing dan mahu biar lepas, kena ambil kira juga jiran-jiran.

    BalasPadam
  7. Sama macam di rumah saya. Kami tak bela kucing, tapi kucing jiran lagi kerap luang masa di rumah kami berbanding rumah sendiri

    BalasPadam
  8. kucing pembawa rezeki.. busyra kalau balik kerja msti main dgn kucing.. kucing busyra TUAH & LUNA.. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama