LUAS SUDUT PANDANGANNYA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Jauh perjalanan, luas pemandangan. Bertambah pengalaman. Lebih mendekat alam ciptaan Tuhan. Allahu. Jumaat pertama dibulan Februari untuk semua. Semoga dilimpahi kasih sayang Allah kita semua dunia akhirat. Aamiin.
Sebahagian orang kisah, manakala sebahagian lagi tak kisah. Ketika mencari dan mahu berteman atau mencari pasangan. Ada yang cerewet ada yang apa seadanya kerana itulah dalam setiap doa-doanya. Setiap orang ada kriteria tertentu yang diingini dalam hidupnya. Kan setiap orang ada sudut pandang yang lain-lain.
Biasa sangat dengar. Apa yang sering diisukan adalah harta, tahta dan wanita juga jejaka. Ini yang buat lelaki atau wanita tergelincir dan lupa. Selain daripada itu pandai, cantik, baik dan kaya pun selalu dijadikan ukuran. Ermmm parah ni. Dah tahun 2022 ni ha. Pindah takuk boleh. janganlah masih ditakuk yang lama ya.
Luaskan sudut pandangannya ya. Satu lagi yang kalau boleh jangan dilupakan iaitu agama. Tak kisah juga kalau nak penting atau beratkan yang lain tu, tapi bab agama jangan diringankan, sama-sama diberatkan ya. Tolonglah. Memang hidup di dunia, duniawi sangat diperlukan. Harta perlu, dengan harta kita boleh bantu orang lain juga. Paras rupa atau kecantikan pun penting kerana mata kita kan suka yang cantik-cantik, yang kacak-kacak. Ilmu pun penting juga sebab nak urus hidup perlu juga ilmu.
Semua penting. Tapi akan tiba satu masa, nilai semuanya akan kian merosot dan mudah tercabar juga dengan perubahan yang berlaku sehinggalah agama yang benar yang akan menyelamatkan kita dalam banyak hal di dunia sampailah akhirat. Aamiin.
Tinta Perdu Cinta ❤
LUAS SUDUT PANDANGANNYA
Tags:
Santai
luaskan pandangan dgn membaca n berwisata merata
BalasPadam