ORANG DEWASA MENEGUR BAB ADAB KEPADA ORANG DEWASA LAIN

ORANG DEWASA MENEGUR BAB ADAB KEPADA ORANG DEWASA LAIN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIASA yang berlaku adalah orang dewasa menegur dan mengajarkan atau menerapkan bab adab kepada anak kecil dan remaja. Ini biasa sangat dengar dan biasa sangat berlaku. Orang dewasa menasihati secara berterusan. Sentiasa tanpa bosan demi menjadikan anak, cucu menjadi insan yang molek akhlaknya. Adab ada dalam akhlak. Akhlak merangkumi adab.

Ada tak orang dewasa yang tidak ada adab?. Ada tak orang dewasa yang menegur orang dewasa lain bab adab?. Jawapannya ada. Ya, ada!. Kerana kita manusia biasa yang tidak pernah lari jauh daripada lakukan khilaf. Adakah boleh berterus menggunakan alasan, ''akukan manusia biasa yang tidak ma'sum (terhindar daripada lakukan khilaf dan dosa)'. Jujur bagi pendapat PC, kena tengok keadaan jugalah nak bagi alasan 'aku manusia biasa yang tidak ma'sum'. Sebab apa?. Sebab Allah beri kita otak berakal. Kita pun ada menuntut ilmu. Lagi satu kita pun sentiasa belajar mana boleh mana tidak. Mana patut dan mana tidak patut dilakukan.

Orang dewasa menegur bab adab kepada orang dewasa lain. Malu dan memalukan. Kenapa mesti malu?. Malu kerana ianya tidak sepatutnya berlaku dan orang lain akan membayangkan bagaiamana awak mendidik anak-anak dan keleuarga awak sekarang tentang adab kalau dengan orang lain pun tidak pandai beradab. Seribu kebaikkan akan terpadam dan dilupakan dek kerana satu kesilapan atau satu kesalahan yang dilakukan. Sama juga, paras rupa yang kacak dan menawan, kebijakkan, tinggi pangkat semua akan terlupakan jika tidak ada adab terhadap orang lain. 

Jangan pernah lupa, di zaman sekarang tetap sahaja masih ada ramai orang yang menilai adab itu suatu yang sangat-sangat penting tidak kiralah kepada sesiapa pun. Moden dalam kehidupan, moden dalam berfikiran, moden dan menerima dan menghadapi sesuatu jangan pernah sisihkan adab dalam hidup. Menghargai orang lain itu juga adab. Lebih-lebih lagi kalau orang itu atau orang lain sudah berlebih kurang dan menghargai kita.

Mencabar dan tercabar bila dah tua bangka masih lagi ditegur bab adab. Jika anak kecil bukan suatu yang aneh. Tapi kalau sudah beranak pinak. Kalau dah boleh jadi mak pak mertua masih lagi ditegur bab adab rasanya agak keterlaluanlah. Tak tahulah kenapa, PC sangat sedih bila ada orang dewasa lain nenegur bab adab kepada orang dewasa lain. Hal ini tidak sepatutnya berlaku. Menegur itu bagus, itu tidak jadi isu untuk PC, yang jadi isu yang tak berapa beradab tu. Awak tak rasa bersalah ke?. 

Haiiiilah. Macam-macam sungguh. Kalau la ada orang tegur PC bab adab, rasanya PC akan malu sangat dan boleh jadi murung. Rasa macam tak berguna sangat. Rasa macam apa yang aku belajar dalam hidup ni, kubur dah panggil rumah dah halau tapi adab masih lagi tak tentu hala. mahu tak mahu tebalkan muka perbaiki diri lagi dengan drastiklah. Demi menjadi manusia yang lebih baik. Aamiin. In sya Allah.

Tinta Perdu Cinta ❤
 ORANG DEWASA MENEGUR BAB ADAB KEPADA ORANG DEWASA LAIN

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. takut nak menegur, kalau-kalau ada golongan yang buat tak reti je. pastu kita pulak dimarahnya balik

    BalasPadam
  2. Banyak kali jumpa. Bila kerja berhadapan dengan orang, macam macam karenah kena layan. Tapi takut nak tegur. Nanti jadi gaduh pulak.

    BalasPadam
  3. busyra pun jenis takut nk tegur.. tak pandai nak susun ayat, takut trsalah ckp. huhu

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama