SAMPAI TAHAP MALAS BERCAKAP TENGOK SAJA | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TENGOK muka pun malas apatah lagi dengar nama. Ha kalau macam ni memang tahap marahnya dah sampai skala yang merah tak boleh jadi biru atau hijau lagi la tu. Jangan marah kalau kita tahu atau dengar orang macam ni sebab mungkin sebelum-sebelum ini telah puas dia memberi peluang, memaafkan dan cuba melupakan. Sebelum tu, terima kasih Allah atas izinMU. PC masih lagi boleh berkongsi di blog ini. Baik daripada Allah, kurang baik itu daripada kelemahan PC sendiri.
Okey jom sambung. Ada lagi satu tahap di mana sampai tahap malas bercakap tengokkan saja. Nah, ini pun berbahaya. Hebat wooo kalau sesiapa boleh buat orang sampai tahap macam ni. Sampai tahap orang malas nak bercakap dengan ko dan orang cuma tengok je. Terpulang la situ nak jadi apa. Gasaklah situ apa sudahnya. Pun tak boleh marah juga kerana kita tidak pernah tahu tekanan apa yang dia telah alami. Kadang adalah sangat jarang orang diam dan cuma tengok saja.
PC selalu percaya kalau orang tu masih marah dengan kita, tegur kita, nasihatkan kita, dok bebel pada kita, kerana mereka masih peduli. Masih ada rasa sayang dan menghargai kehadiran kita disekitarnya. Tak suka tengok kita terjebak dengan hal bukan-bukan, tarik kita daripada tersalah arah dan tergelincir. Tapi bila orang dah mula diam dan tengok sahaja walau kita buat hal kurang tepat di depan mata dia, fuh.. jaga-jaga la. Silap-silap sebut nama kita dalam doa pun dah tidak lagi. Azab oii.
Ada orang hatinya macam karang di dasar lautan, ada yang rapuh macam wafer, jadi jangan mudah dan cepat membuat kesimpulan atas tindakan yang mungkin agak keterlaluan pada pandangan dan pendapat kita
Sampai tahap malas bercakap tengok sahaja kalau orang lain mungkin kita boleh anggap tidak ada apa-apa kesan tapi kalau ibu bapa kita yang buat begitu, memang sangat-sangat perlu berhati-hati. Jangan main-main. Serius. Sementara mereka ada, masih hidup baik minta maaf, baik tanya apa kesalahan kita pada mereka. Nanti bila mereka dah tak ada lagi menyesal menangis air mata darah guling-guling pun dah tak berguna kecuali bertaubat sungguh-sungguh kepada Allah.
Macam itu juga dengan adik beradik. Lagi-lagi bila ibu ayah dah tak adik. Adik-beradik kena sentiasa jaga hubungan. Jangan hanyut dengan pasangan yang menerik ke arah negatif. Bersyukurlah kalau dapat jodoh dan pasangan yang sayang kita, sayang juga seluruh keluarga kita tapi tidak semua begitu. Tidak semua menikmatinya. Ada yang putus hubungan dan sanggup putuskan hubungan dengan adik-beradik kerana ikut hasutan suami atau isteri. Kenapa?. Ada baiknya fikir semula. Kecuali memang dah tau nak jawab apa dan jawapan tu pasti Allah tak tolak. Sila lakukan dan teruskan.
Kita manusia biasa. Ada tahap dan titik letihnya menghadapi ragam orang lain. Mungkin diam, pandang dan menjarak itu menjadi satu solusi. Cukup kuatkan hati untuk terus sebut dan sertakan namnya dalam setiap doa-doa kita.
Tinta Perdu Cinta ❤
SAMPAI TAHAP MALAS BERCAKAP TENGOK SAJA
Tags:
Santai
Kadang ada tahap kita jd camtu gak.. Tgk aje tanpa kata pape sbb nya dh malas nak pk..ada smp tahap kita plk jd stress n BP naik je.. So kesimpulan nya.. Diam aje laa
BalasPadamtitip doa dalam ingatan
BalasPadamWkmussalam
BalasPadamAda orang cakap, kalau tak suka dia aje
Daripada mengata/ mengeji buat tambah dosa aje
Pernah juga mengalami. Dah penat nasihat, tapi kalau yang bangsa degil, tak lalu dahlah nak menegur
BalasPadam