SEJAUH MANA APA YANG DIKONGSIKAN ITU SAMPAI

SEJAUH MANA APA YANG DIKONGSIKAN ITU SAMPAI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. Ada tak maklumat yang tidak sampai?. Ada. Ada tak bantuan yang tidak sampai? Ada. Ada tak doa yang tidak diterima?. Ada. 

SEJAUH MANA APA YANG DIKONGSIKAN ITU SAMPAI


Sejauh mana apa yang dikongsikan itu sampai. Sampai tak. Atau sampai tapi tidak seperti apa yang asal. Boleh jadi kurang dan boleh jadi berlebihan. Kena tngok dulu. kalau hal yang baik disampaikan berlebihan tidak jadi masalah. Tapi kalau perkara tidak baik sepatutnya tidak perlu disampaikan kerana mengakibatkan masalah apatah lagi disampaikan kemudian berlebihan itu sangat tidak perlu dilakukan. 

Artikel ni PC lebih nak fokus sejauh mana apa yang dikongsikan itu samapai atau tidak dalam perkara  baik dan memberi manfaat. Sekarang ni samil baring atas katil pun pun kalau mahu boleh sebarkan perkara yang baik-baik. Tak kisahlah konsi nasihat ke. Kongsi ilmu ke. Boleh. Persoalannya sampai tak apa yang disampaikan.

Lihat cara penyampaian. Tepat sasaran atau tidak. Mengena atau tersasar jauh. Kalau sampaikan dengan cara yang baik dan betul in sya Allah akan diterima dan sampai dengan sangat baik. Kalau cara menyebarkannya dengan cara yang negatif baik itu gaya bahasa, pilihan kata-kata yang ngeri, sampai juga tapi membawa juga sekali dengan rasa yang tidak selesa. Apa dikongsi sampai tapi dalam masa sama orang sakit hati. Haaa, rugi juga.

Bukan kita kongsi sesuatu yang baik hari ini, hari ini orang akan pandang, dengar, lihat dan contohi. Boleh jadi seminggu akan datang. Atau tahun hadapan. Tidak mustahil bila kita dah mati baharulah orang perasan, ambil kisah dan apa yang kita sampaikan kepada mereka selama ini tu sampai ke hati dan fikiran mereka.

Selagi boleh dan mampu, jangan fikir sangat sejauh mana apa yang kita kkongsikan itu sampai kepada orang lain atau tidak. Berjaya atau tidak. Selagi ianya baik, kongsikan. Kalau boleh memberi manfaat sampaikan. Serah pada Allah biar Allah yang susun. Macam orang berniaga. Promosikan jangan bosan. Tak boleh marah kalau orang tidak membeli. Tapi jangan malas layan pertanyaan orang atau pelanggan. begitulah bila kongsikan sesuatu hal kebaikkan.

Bolehkan. Bismillah.

Tinta Perdu Cinta ❤
SEJAUH MANA APA YANG DIKONGSIKAN ITU SAMPAI  

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

5 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. INSYA-ALLAH MENULIS MENYAMPAIKAN ILHAM-NYA

    BalasPadam
  2. Betul tu, setiap kali nak menulis, kena fikir dulu , apakag perkongsian kita ini bermanfaat atau tidak, takut salah tulis jadi lain plak penyampaiannya..

    BalasPadam
  3. SA setuju...takpe..yang penting niat di hati kan...sharing is caring bak kata omputeh

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama