SELESAI 31 HARI SELAMAT DATANG FEBRUARI

SELESAI 31 HARI SELAMAT DATANG FEBRUARI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. ALHAMDULILLAH. Sudah selesai 31 hari ditahun ini. MasyaAllah. Macam banyak kan sebut 31. Rupa-rupanya hari ini kita dah masuk bulan Februari. Subhanaallah. Terima kasih Allah. Syukur.

SELESAI 31 HARI SELAMAT DATANG FEBRUARI

Selesai 31 hari selamat datang Februari. Allahu. Setiap hari akan ada ceritanya. Selalu ada warna-warnanya. Sentiasa akan nanti berputar mejadi memori indah untuk dikenang dan memori pahit yang boleh dijadikan pengajaran dan sempadan kehidupan.

Selagi Allah izin kita bernafas, selagi itu kita perlu lakukan sesuatu yang terbaik. Untuk kehidupan dunia dan kehidupan di sana kelak. Hari bersilih ganti. Minggu, bulan dan seterusnya tahun, seiring bersilih gantinya hari dan waktu, mahu tidak mahu kita perlu terus melangkah. Mencari dan memperbaiki. Atau mungkin lakukan perubahan. 

Akan ada hari-hari baharu yang menanti dihadapan kita. Akan ada selagi alam ini tidak bertukar menjadi debuan yang bertebaran. Selagi kita masih Allah izin untuk hidup. Hari baharu ada untuk kita semua. Cuma pengisiannya sahaja berbeza-beza kerana setiap kita akan ada agenda tersendiri yang menjadi simpanan peribadi paling tidak pun sudah tersenarai moleh di dalam fikiran dan hati. Gitu.

Teruskan aktif beraktiviti. Untuk duniawi dan untuk ukhrawi. Jasad untuk duniawi. Roh pula untuk nanti bersedia dikehidupan abadi.Kita akan dihidupkan kembali tapi bukan daripada hasil cantuman benih kasih sayang bonda ayahanda sebaliknya rupa kita nanti bergantung apa amalan yang kita lakukan semasa di dunia.

Andai 31 hari yang sudah berakhir kita masih belum bermula. Hari ini mulakan sahaja.

Tinta Perdu Cinta ❤
SELESAI 31 HARI SELAMAT DATANG FEBRUARI



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

4 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kejap je kan dh msk februari... Entry jan kita pun x byk kali ni hhhaa.. Adoii harap bln feb akan lebih baik

    BalasPadam
  2. Peralihan bulan hanyalah hitungan menunjukkan usia kita semakin singkat

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama