SEMINGGU SEKALI YANG MENGHIDUPKAN | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. JUMAAT diminggu ketiga. masyaAllah. Alhamdulillah. Semoga masing-masing tetap berada dalam keadaan sejahtera hendaknya. Ceria. Bahagia. Sentiasa bersemangat melakukan tugas yang diamanahkan.
Seminggu sekali yang menghidupkan. Ya, hari Jumaat adalah hari di mana umat Islam berkumpul berjamaah menunaikan solat Jumaat bersama-sama. Masjid meriah. Ceria. Setiap baris saf penuh dan tersusun sangat-sangat rapi. Bersaudara dalam beribadah dan ketika berada di rumah Allah. Bertegur sapa. Alhamdulillah.
Bukan hari-hari lain masjid tidak meriah atau tidak dikunjungi, ada sahaja para jamaah yang hadir untuk menunaikan solat fardhu setiap hari dan setiap masa cuma jumlahnya sahaja yang kadang kurang memberangsangkan. Masing-masing memilih untuk solat di rumah masing-masing atau di mana tempat yang sewajarnya dan diperbolehkan.
Kalau nak tengok jamaah sampai sanggup solat luar masjid hingga melimpah di tepi jalan cuma Hari Jumaat ketika solat Jumaat. Itu dia. Bukankah meriah. Kalau solat fardhu boleh lihat di tanah suci Mekah. Ini menurut cerita saudara mara dan kawan-kawan PC yang sudah pernah pergi ke tanah suci baik untuk ibadah umrah atau ibadah haji. Setiap waktu akan meriah dengan jamaah di masjid-masjidnya.
Kalau tidak mahu hari-hari ke masjid atau surau, pastikan seminggu sekali pergilah. Pergi kerana mahu beribadah kerana Allah. Bukan takut kena kecam sebab kalau tak pergi ke masjid atau surau waktu solat fardhu walau tak solat, orang tak perasan dan akan berfikir solat di ruamah atau di mana pun. Berbanding solat Jumaat, awak tak pergi dengan sengaja tanpa alasan yang kukuh memang memintalah tu. Jangan silap, sebab semua di bawah pengawasan Allah.
Seminggu sekali yang menghidupkan, jadilah salah seorang daripadanya.
Tinta Perdu Cinta ❤
SEMINGGU SEKALI YANG MENGHIDUPKAN
Tags:
Santai
SALAM JUMAAT MULIA ISTIQOMAH BERIBADAH
BalasPadamSalam Jumaat buat PC, Moga sihat selalu...
BalasPadamabam kie akan cuba solat berjemaah dgn lebih kerap di masjid. In Syaa Allah...
BalasPadamalhamdulillah
BalasPadamSuka tengok surau dan masjid kembali meriah lepas tamat PKP
BalasPadamKalau seminggu sekali tak ke masjid tu tak tahulah nak kata apa lagi kan. Istimewanya hari Jumaat umat Islam berkumpul berjemaah bersama.
BalasPadam