SEORANG BLOGGER PUN MEMERLUKAN REHAT | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. MASA sekolah, paling seronok bila dengar loceng waktu rehat. Fuh. mata asyik jeling jam doremon di pergelangan tangan je. Jam tangan PC ada la dua tiga biji, tapi semua kartun-kartun. Hahahaha. Doremon, Hello Kitty dengan Mashimaro. Alah permukaan jam tu je gambar kartun tu ha. Owh lagi satu Mickey Mouse. Ha tulah pakai sampai putus tali. Dah beso sikit baharulah mama babah belikan jam yang mahal sikit, jam yang guna bateri dan tak kartun-kartun lagi dan lagi satu tak warna warni. Hahahaha. nak cerita apa sebenarnya ni ha. Satu perenggan dah ni.
Rehat. Kalau zaman sekolah waktu rehat sangat ditunggu. Waktu cuti sekolah apatah lagi. Pulak masa zaman tu masih belum ada jadual waktu anjal kalau tak silap. Jadi murid-murid kena bawa buku banyak ke sekolah. Buku teks pun tak boleh tinggal kat sekolah. Apa awak bawa ke sekolah itu awak bawa balik rumah la. Semua kita memerlukan rehat. Sedari anak kecil sehinggalah orang tua. Semua memerlukan rehat yang cukup.
Kata orang semakin kita meningkat usia waktu tidur semakin kurang kerana harus lebih banyak tumpu beribadah berbanding rehat. Ada benarnya juga. Macam pelajar pun kadang waktu rehatnya kurang kerana kena lebih tumpu pada pelajaran untuk buat latihan dan ulangkaji juga. Tak kisahlah mana-mana pun asalkan susun jadual sebaiknya dan apa yang dilakukan tidak menjejaskan kesihatan.
Macam tu jugalah dengan blogger. Ada blogger petan badan penat otak. Ada yang kurang penat badan tapi berganda-ganda letih otak. Sama juga konsepnya, kalau PC kata setiap individu perlukan rehat bermakna seorang blogger juga sangat memerlukan rehat yang sebaik dan secukupnya. Secukupnya ni bergantung pada diri masing-masing.
Mungkin ada blogger yang pilih hujung minggu waktunya rehat. Tak buka pun blog. memang rehat sepenuh masa. Diisi dengan altiviti lain selain berblog la. Ada juga yang dalam satu hari tu cuma beberapa jam sahaja fokus pada blog selebihnya juga diisi dengan tugasan lain. Atau mungkin ada hari tertentu dalam seminggu tu dipilih untuk rehat berkongsi atau menaip diblog.
Memang bila dah jadi blogger ni susah nak pisah dengan mencari idea, mengolah artikel dan sebagainya, tetapi kadangkala dengan rehat itu juga dapat mengukuhkan rentak dan melancarkan otak kita mengolah sebarang artikel menjadi lebih berkualiti untuk dikongsikan. Aamiin.
Duduk dalam posisi yang sama terlalu lama pun tak elok untuk tubuh. Boleh tegang urat bahu. Kebas punggung. Blogger, rehatlah secukupnya ikut keperluan masing-masing ya. Jadikan blog sesutu wadah yang menggembirakan dan menyenangkan hati dan fikiran ketika kita mengemudinya bukan menjadikan kita rasa tertekan dan terpaksa. Kesihatan juga amanah yang mesti dijaga sebaik-baiknya.
Tinta Perdu Cinta ❤
SEORANG BLOGGER PUN MEMERLUKAN REHAT
Tags:
Santai
Rehat boleh buat idea bercambah!
BalasPadamMemang penting rehat yg cukup.. Sy kalau penat betul mmg tak dapat menulis.. even mood tak okay pun tak berjalan juga otak hehe
BalasPadambetul.. busyra setuju.. jgn jadikan brblogging benda yg stress.. jadikan ia sesuatu yg buatkan kita happy..
BalasPadamCakap pasal jam, Cici pun suka kumpul jam kartun kartun. Masa tu gila dengan Cardcaptor Sakura, Sailormoon dan macam maca lagi. Tiap kali jumpa, mesti beli. Hehe.
BalasPadamBetul tu. Macam Cici, adakala badan penat, otak penat. Rasa malas nak buka blog atau social media. Menyepi kejap 2,3 hari
Kena rehat baru ada idea nak update apa. Kadang tak cukup rehat badan penat otak pun jem. Bila ada idea saya tulis mana termampu dan setkan masa buat autopublish. Jadi, nampaklah macam aktif sikit dari terbiar sunyi sepi.
BalasPadamsaya pun kalau penat, biarkan saja blog tak berupdate. tak seronok menulis dalam keadaan terpaksa
BalasPadam