TIDAK SALAH PUN MASAK GUNA KUALI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. BIASANYA masak lauk berkuah atau tidak berkuah guna periuk. Kuali ni untuk menggoreng. Tapi zaman sekarang orang akan cari yang mudah dan cepat. lagi la sekarang kecanggihan perkakasan dapur luar jangkaan. Satu alat, boleh menggoreng, boleh memeasak lauk berkuah, boleh memanggang, boleh buat ais krim. Boleh buat jiran sebelah iri hati juga nak beli tak dapat-dapat. Gitu. Ha. Kalau dulu cuma 3 in 1 tapi sekarang entah berapa dah in 1. Advance sangat-sangat. Canggih nau nau.
Masak lauk guna periuk lah bukan guna kuali.
Kurang periuk ke sampai guna kuali.
Kuali kan untuk menggoreng.
Zaman sekarang masih ada yang beranggapan kuali cuma boleh untuk menggoreng sahaja. Sesuai untuk goreng je. Selain itu sila guna periuk. harap maklum. Tapikan bagi PC kuali ni boleh je guna untuk masak selain menggoreng seperti mana periuk boleh juga digunakan untuk menggoreng. Hehehe. Ke PC salah. Sebabnya PC pun kadang masak yang berkuah guna kuali kemudian pindahkan dalam mangkuk atau pinggan terus. Atau masukkan dalam periuk lepas siap masak. Tak salah pun. Tak dosa pun atau ada fatwa yang mengatakan kuali cuma untuk menggoreng sahaja.
Ikutlah keperluan dan kesesuaian. Ikut citarasa masing-masing. Mana yang mudah ikut dan buatlah. Tak ada pantang larang pun. Ini pendapat P tau. Mungkin orang lain ada pantang larangnya ketika di dapur dan ketika menggunakan peralatan di dapur. masak guna periuk sedap ke masak guna kuali lagi sedap. Haaaaa, berbalik pada kemahiran, teknik, bahan yang digunakan dan sebagainya. Lain orang lain penilaiannya. Cara pun tak sama oii memasak ni walau orang yang ngaja masak tu orang yang sama.
Contoh mudah. Menu yang sama diajar. Yang ngaja pun orang yang sama, tapi bila dah dihidang kenapa rasanya berbeza-beza, kerana air tangan setiap orang tidak sama. Sentuhan orang berbeza-beza. Sedap tak sedap. Ok tak ok balik pada citarasa yang makan dan merasai apa yang dihidangkan. Rasanya masak guna kuali ke atau guna periuk mana lebih sedap macam tak ada pengaruh.
Kesimpulannya, bagi pendapat PC tidak salah pun masak guna kuali selain menggoreng. Tapi kalau memang tak suka, tak apalah. Setiap orang ada cara sendirikan. Asalkan masak, makan sama-sama. Apa yang dimasak bersih, berkhasiat dan halal. Itu yang terpaling dan tersangat penting.
Terima kasih dan syukur hari ini Allah izin lagi PC menaip ni ha. Alhamdulillah. Cuaca panas terik tapi langit gelap pekat. hari ini ramai yang memulakan perjalanan pulang ke kediaman masing-masing. Semoga dilancarkan perjalanan dan selamat sampai. Adik ipar PC sekeluarga balik Kuantan. Adik ipar lagi dua orang di kampung dengan keluarga masing-masing bawa mak abah pergi jemputan di Kulai Johor. Kami ni Perak mengikuti perkembangan semasa melalui whatsapp jelah. Hahahahaha.
Tinta Perdu Cinta❤
TIDAK SALAH PUN MASAK GUNA KUALI
Tags:
Santai
Akak masak apa pun lagi suka guna kuali...lagi sedap sebenarnya...
BalasPadamKuali besar nie senang, nak masak apa pun takda hal.
BalasPadamTakde masalah
BalasPadamMana yang mudah
Tak kisah pun sebenarnya kan PC.. Kak Sue pun banyak guna kuali. Senang..
BalasPadamakak pun gun kuali senang besar
BalasPadam