ADA RASA RENDAH DIRI | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. TIDAK boleh dinafikan PC sendiri ada masa-masanya timbul satu rasa yang kurang baik juga sebenarnya. Rasa rendah diri. Kata pakar-pakar psikologi atau kaunseling, ada rasa rendah diri itu adalah normal untuk sitiap kita. Perkara ini jadi tidak normal bila tidak dikawal dan melarat sehingga menganggu diri sendiri dan orang lain.
Kalau dalam konteks kita sebagai orang Islam dan hamba yang beriman, wajib percaya qada dan daqar, waji percaya dengan Allah swt, rasa rendah diri ni sebenarnya sebolehnya dihindari dan tolak jauh-jauh. Apa sebab ada rasa rendah diri. Banyak perkara yang menyumbang kepada timbul rasa rendah diri. Ada banyak sangatlah. Boleh jadi memang dah alami masalah buli daripada kecil. Pengaruh sekeliling. Kurang yakin dengan kemampuan diri sendiri.
Ada rasa rendah diri boleh buat orang jauh tergelincir. Ada juga pada asalnya tinggi rasa rendah dirinya, tapi dapat bimbingan yang betul terus bangkit dan menjadi manusia yang lebih baik dan berjaya juga. Sisi mana yang diikut dan cara mana yang dicontohi memainkan peranan sangat-sangat penting.
Bina keyakinan. Yakin Tuhan sentiasa ada dan membantu dengan caraNYA. Pokok yang ditanam tidak akan terus bercabang dahannya. Semuanya memerlukan proses dan ada waktunya. Begitu juga kehidupan kita.
Bukan perkara mudah nak buang atau kikis rasa rendah diri yang bercambah pada diri kita. Tak tahulah orang lainkan, tapi bagi PC agak susah jugalah. Sebab kena lawan dengan diri sendiri. Kena sentiasa yakinkan diri boleh dan mampu. Kena sentiasa beri motivasi pada diri sendiri bahawa sesuatu yang Allah beri hari ini adalah rezeki terbaik dan tidak mustahil ke depannya akan lebih baik.
Mahu sentiasa termotivasi dan positif bukan perkara mudah dan tidak juga hal main-main ya. Tak semua orang hatinya cekal. Mentalnya kuat dan boleh layan rasa rendah diri. lagi satu, berhadapan dengan penilaian manusia juga adalah salah satu penyebab individu timbul rasa rendah diri pada dirinya.
Satu cara yang paling mudah dan ringkas macam mana nak redakan sedikit demi sedikit rasa rendah diri adalah dengan cara mencari kekuatan diri atau kebolehan kemudian gilap. In sya Allah boleh.
Tinta Perdu Cinta ❤
Ada rasa rendah diri
Tags:
Santai
Setiap kita ada kekuatan dan kelemahan masing2
BalasPadamsemangat selalu untuk teman-teman semua ya :)
BalasPadamTerlebih rendah diri jadi inferiority complex pulak
BalasPadam